Simpan Jajan Di Rumah Antara Punca IQ Anak Jadi Lemah

Snek ringan atau sering juga disebut sebagai jajan, selalu menjadi hidangan yang tidak sepatutnya dibuat oleh ibu dan bapa kepada anak kecil di rumah.

simpan jajan di rumah antara punca iq anak jadi lemah

Hadir dengan pelbagai perasa, bentuk dan saiz, anak-anak pasti suka dengan hidangan jajan ini hinggakan menjadi ketagih dan kurang makan hidangan yang lebih berkhasiat. Akibatnya, ia memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan mereka.

 

Memetik hantaran dari Dr Taufiq Razif, menurut kajian dari University of Bristol, kanak-kanak yang didedahkan dengan jajan seawal usia 3 tahun boleh memberi kesan pada IQ mereka.

 

Setiap hidangan jajan mempunyai nilai kalori yang tinggi namun nutrisinya kurang atau hampir tiada. Akibatnya, bukan sahaja golongan dewasa malah kanak-kanak terdedah kepada penyakit kronik seperti kencing manis, kanser, strok, dan bersiko mendapat panyakit kardiovaskular sebelum usia mencecah 30 tahun!

 

Perkembangan otak paling progresif adalah seawal usia 3 tahun pertama. Jadi, pemakanan yang seimbang seperti buah-buahan dan makanan sihat lain adalah penting.

 

“Jadi kepada mana-mana ibu bapa tu, tolonglah pantau apa yang anak kita makan. Zaman sekarang adalah zaman yang mana ‘penyakit orang dewasa‘ dah mula menyerang kanak-kanak.

“Inilah zaman yang mana umur 20 tahun pun dah ada yang kena potong kaki dan umur 30 tahun pun dah kena strok dan serangan jantung,” ujar beliau dalam satu hantaran di Facebook.

 

Maka, buat ibu dan bapa yang selalu menghidangkan jajan kepada anak-anak, bolehlah menggantikannya kepada makanan lain yang lebih berkhasiat ok?

Sumber: Facebook Dr Taufiq Razif / Astro AWANI

ARTIKEL BERKAITAN