Ini Adalah Punca Kenapa Kucing Suka Ikut Kita Masuk Tandas!

Seronok rasanya memelihara kucing di rumah. Ada sahaja kerenah si manja yang mecuit hati, malah hingga menyebabkan kita tepuk dahi!

ini adalah punca kenapa kucing suka ikut kita masuk tandas!

Pernahkah anda masuk ke tandas, menutup pintu dan membiarkan kucing anda diluar. Adakah ia akan memanggil dan mencakar pintu tandas anda itu?

ini adalah punca kenapa kucing suka ikut kita masuk tandas!

Persoalannya, mengapa kucing gemar mengikut tuannya ke tandas?

 

Menurut kajian, kucing mempunyai sifat territorial dan berminat dengan segala apa yang berlaku di kawasan mereka. Ini adalah sifat semulajadi kucing yang kita tidak boleh nafikan. Sifat ini penting untuk memastikan keselamatan mereka dari ancaman musuh atau pemangsa.

 

Jika mereka terlihat pintu yang tertutup dengan seseorang atau sesuatu di dalamnya, sifat ingin tahu mereka akan meningkat dan membuatkan mereka ingin masuk ke dalamnya juga.

ini adalah punca kenapa kucing suka ikut kita masuk tandas!

Tambah lagi, apabila kita sedang duduk diam membuang air dalam tandas, kucing sangat suka keadaan ini kerana ia merasa lebih selamat. Samalah juga keadaanya apabila kita sedang khusyuk menaip atau menonton televisyen, keadaan ini membuatkan kucing gemar datang kepada tuannya dan duduk berdekatan atau di pangkuan tuannya.

 

Akhir sekali, kucing memang gemar kawasan kecil dan tersembunyi kerana tempat ini membuatkan mereka merasa selamat. Jadi, tandas adalah port kegemaran mereka, tambah lagi ada banyak barangan dalam tandas yang boleh dibuat main seperti tisu, berus gigi dan span mandian.

ini adalah punca kenapa kucing suka ikut kita masuk tandas!

Sumber: Verst.com