Ini Antara Sebab-Sebab Kenapa Kucing Kita Mengiau Tanpa Henti

Buat mereka yang memelihara kucing di rumah, pasti pernah berhadapan dengan situasi bilamana kucing anda mengiau tanpa henti, hingga menggangu suasana di rumah.

ini antara sebab-sebab kena kucing kita mengiau tanpa henti

Nak kata lapar, baru sahaja diberikan makanan. Nak kata pasir penuh dengan najis, baru sahaja dibersihkan. Apa sebabnya ia mengiau tanpa henti ni ya? Mesti ada benda yang nak diberitahu.

 

Memetik hantaran daripada laman Verst, kucing mengiau bukan sahaja bermaksud ingin makan, namun boleh jadi juga perkara-perkara berikut yang cuba disampaikan:

 

  1. Mahu bersiar-siar

ini antara sebab-sebab kena kucing kita mengiau tanpa henti

Boleh jadi mereka sudah terkurung lama dalam rumah dan inginkan sedikit kebebasan dan sekali-sekala teringin bersiar-siar melihat dunia luar. Bawalah mereka keluar meskipun di halaman rumah.

 

  1. Rasa terancam dengan persekitaran

ini antara sebab-sebab kena kucing kita mengiau tanpa henti

Kucing akan mengiau tanpa henti bagi memberitahu pemiliknya bahawa mereka berasa terancam dengan persekitaran yang tidak selamat seperti ada persaingan daripada kucing luar, kawasan yang terlampau terbuka dan juga kotor. Senang kata, kucing anda tidak selesa.

 

  1. Mahu ganjaran snek

ini antara sebab-sebab kena kucing kita mengiau tanpa henti

Selain kibbles dan wet food, kucing juga mahukan ganjaran makan snek sekali-sekala yang mana membuatkan mereka ternanti-nanti. Jadi tidak hairanlah mereka merengek seperti bayi bila menantikan snek tu!

 

  1. Nak ajak main

ini antara sebab-sebab kena kucing kita mengiau tanpa henti

Kucing sememangnya haiwan yang sangat aktif pada masa-masa tertentu. Jika dilepaskan keluar rumah, sudah pasti ia dapat bermain dengan persekitaran. Namun jika dikurung dalam rumah, pemilik perlu menyediakan atau bermain dengan mereka menggunakan permainan atau lain-lain.

 

  1. Mahu bermanja

ini antara sebab-sebab kena kucing kita mengiau tanpa henti

Ya, dengan mengeow tanpa henti tandanya ia sedang memanggil anda untuk mengusap, menyikat atau meluangkan masa bersama-sama. Apa salahnya luangkan sedikit masa membelai si manja anda itu sebelum anda sambung melakukan kerja-kerja lain.

 

Sumber: [1]

 

ARTIKEL BERKAITAN