Nak Tahu Rahsia Memilih Susu Kurma Yang Terbaik Untuk Lebih Bertenaga?

nak tahu rahsia memilih susu kurma yang terbaik untuk lebih bertenaga?

Kredit: Freepik

Siapa yang rajin minum susu? Kalau korang rajin minum susu, tahniah! Sedikit sebanyak korang dah boleh menguatkan tulang korang, yang merupakan khasiat utama susu.

Macam mana pula dengan korang yang tak gemar minum susu? Kalau korang tak berapa suka susu sebab rasa plain sangat, apa kata korang cuba minum susu kurma? Sedap tau!

Selain perisanya yang enak dan manis, campuran susu dan kurma memberikan korang khasiat yang berganda! Jom ketahui rahsia memilih susu kurma yang terbaik untuk lebih sihat dan bertenaga:

#1 Pastikan susu kurma tu diperbuat daripada 100% bahan asli

Terdapat banyak produk minuman yang mengandungi gula, bahan pengawet, pewarna, dan bahkan perisa tiruan yang sangat tak menyihatkan.

Pastikan susu kurma yang korang nak beli tu diperbuat daripada 100% bahan asli agar korang boleh mendapat manfaat sepenuhnya daripada nutrisi yang ada, seperti kandungan serat, mineral dan zat besi. Ini penting bagi bekalan tenaga sepanjang hari, lebih-lebih lagi kalau korang sibuk bekerja atau belajar.

Kalau kita minum minuman yang tinggi kandungan gula dan bahan buatan, ia hanya akan melemahkan tubuh badan kita. Macam mana nak fokus kerja atau belajar kalau takde tenaga?

#2 Jenis kurma

nak tahu rahsia memilih susu kurma yang terbaik untuk lebih bertenaga?

Kredit: Freepik

Terdapat banyak jenis kurma yang ada, dan lima jenis kurma yang terbaik untuk menambah tenaga ialah Sellaj, Deglet Nour, Bam (kurma madu), Medjool, dan Adjwa.

Kesemua kurma ini berasal dari Timur Tengah dengan tekstur, warna, rupa, dan rasa yang sedikit berlainan antara satu sama lain, tetapi khasiatnya sama. Kalau korang nak tau, kurma Adjwa ialah kurma kegemaran Nabi SAW dan ia hanya boleh tumbuh dengan baik di Madinah je.

#3 Jenis susu

Antara jenis susu yang paling baik untuk diminum ialah susu rendah lemak dan susu yang tidak mengandungi gula, bahan pengawet, pewarna, dan perisa tiruan. Pastikan susu korang tu ialah 100% daripada bahan asli agar korang dapat manfaat khasiat yang ada, seperti kalsium.

#4 Cuba Susu Tamar Origina

Kurma tak semestinya dimakan masa bulan puasa je tau. Ia boleh dimakan pada bila-bila masa sebagai snek yang sihat untuk lebih bertenaga. Selain makan kurma, korang boleh try susu kurma macam Susu Tamar Origina yang mempunyai kandungan serat, mineral, dan zat besi yang tinggi, serta sedikit kandungan protein dan lemak.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ORIGINA Stay Vibrant (@origina_hq) on

Susu segar rendah lemak yang diimport dari Australia dengan pati buah kurma di Timur Tengah yang asli ni tidak mengandungi sebarang gula, pewarna, atau bahan pengawet. Oleh kerana Origina adalah minuman rendah kalori dan rendah gula, ia boleh diminum hari-hari!

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ORIGINA Stay Vibrant (@origina_hq) on

Korang boleh dapatkan minuman yang berkhasiat ni di mana-mana pasaraya (seperti AEON, Tesco, Mydin, Village Grocer, Ben’s Independent Grocer), kedai serbaneka (7-Eleven, 99Speedmart, Family Mart, MyNEWS, Watsons), dan Petrol kiosks (kedai Mesra Petronas dan PETRON).

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Origina, “Like” dan “Follow” di Instagram dan Facebook.

Rasa nak minum? Pilihlah Origina!! Rasa sekali mesti nak lagi!