Ibu Ada Kencing Manis Antara Punca Anak Lahir Tak Cukup Bulan

Kelahiran pramatang berlaku apabila bayi dilahirkan tiga minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin.

ibu ada kencing manis antara punca anak lahir tak cukup bulan

Kejadian ini boleh disebabkan pelbagai punca, dan dalam kebanyakkan kes ia berlaku spontan dan puncanya tidak dapat dikenal pasti. Namun, ada yang disebabkan masalah perubatan yang memaksa proses bersalin secara caesarean dilakukan.

 

Antara punca terjadinya kelahiran pramatang adalah seperti yang berikut:

1. Mengandung anak kembar atau kehamilan berganda. Kebanyakan wanita dengan kehamilan berganda akan mengalami proses kelahiran pramatang secara spontan, selain juga wujudnya komplikasi semasa hamil.

2. Terdapat gangguan pada plasenta atau serviks ibu yang lemah (incompetent cervix).

ibu ada kencing manis antara punca anak lahir tak cukup bulan

3. Jangkitan pada salur kencing dan faraj, jangkitan kelamin (STD), jangkitan rahim, antara faktor yang mengakibatkan bayi lahir tidak cukup bulan.

4. Masalah-masalah perubatan kronik yang dialami ibu seperti preeklampsia (tekanan darah tinggi dan wujudnya protein dalam air kencing), perkembangan janin lemah, diabetes dan tekanan darah tinggi.

5. Mempunyai sejarah keluarga yang melahirkan anak tidak cukup bulan.

ibu ada kencing manis antara punca anak lahir tak cukup bulan

Justeru, bagi mengawal sebarang kemungkinan atau risiko kelahiran pramatang, doktor akan menentukan keperluan penjagaan khas atau sebaliknya. Jika berisiko tinggi, maka ibu hamil itu akan diberikan penyediaan kesihatan yang terbaik untuk diri dan kandungan.

 

Dapatkan pemeriksaan dan nasihat doktor di hospital sekiranya wujud sebarang komplikasi ketika sedang sarat hamil. Jangan mudah percaya sebarang tips atau petua yang tular di media sosial.

 

Sumber: Hello Doktor

 

ARTIKEL BERKAITAN