Artikel ini ditaja oleh Lotus’s Malaysia
Kredit: Freepik.com
Pelanggan setia Tesco confirm dah tau kan yang Tesco sekarang dah ditukar kepada Lotus’s. Warna jenamanya yang menyerlah memang susah nak miss! Walaupun dengan penjenamaan semula, produk jenama Lotus’s kini semakin meningkat kualitinya baik dari segi rasa produk atau penggunaan produk. Harga pun kekal mampu milik gaiss!
Kalau korang perasaan, produk jenama Tesco makin lama makin sedikit kat rak-rak dalam pasaraya Lotus’s, dan perlahan-lahan produk jenama Lotus’s diperkenalkan. Jom kita check out produk-produk Lotus’s apa yang best dan mesti dicuba:
#1 Kopi Segera 3 Dalam 1 (RM7.99)
Kredit: Lotus’s Malaysia
Kini terdapat dalam tiga perisa, iaitu Regular, Mild, dan White Coffee.
#2 Snek Sihat NaxNax (RM3.99)
Kredit: Lotus’s Malaysia
Biskut oat ni telah diperkayakan dengan lebih banyak nutrisi dengan rasa yang lebih enak.
#3 Keropok Kentang Rangup (RM2.99)
Kredit: Lotus’s Malaysia
Rasa nak mengunyah benda keras? Jom rasa keropok rangup yang terdapat dalam empat perisa ni!
#4 Chicken Lasagna (RM6.99)
Kredit: Lotus’s Malaysia
Selain rasanya yang enak dan mudah dipersiapkan, chicken lasagna Lotus’s kini didatangkan dalam bekas yang mesra alam dan boleh dikitar semula!
#5 Minuman Kordial Perisa Buah-Buahan (RM7.99)
Kredit: Lotus’s Malaysia
Enak diminum ketika cuaca panas dan terdapat dalam dua perisa iaitu Oren dan Rose.
#6 Garam Kasar (pek merah) Dan Halus (pek hijau) Beriodin (59 sen/pek biasa; 69 sen/pek vakum)
Kredit: Lotus’s Malaysia
Garam kasar ni kini didatangkan dengan formula yang diperbaiki dan diperkaya dengan iodin.
#7 Cecair Pencuci Baju Dazzling (RM18.99)
Kredit: Lotus’s Malaysia
Cecair pencuci baju Lotus’s yang Bernama Dazzling ni didatangkan dalam pek seberat 4.1kg dengan haruman yang dipertingkatkan.
#8 Tisu Basah Pembasmi Kuman (RM5.99)
Kredit: Lotus’s Malaysia
Sesuai digunakan pada semua jenis permukaan, tisu basah pembasmi kuman ni mempunyai formula khas yang mampu membunuh 99% virus dan bakteria.
#9 Seluar Bayi Cute & Care (RM24.99)
Kredit: Lotus’s Malaysia
Seluar bayi yang terdapat dalam saiz M, L, XL, dan XXL ni dibekalkan oleh pembekal baharu dan dibungkus dengan pita pakai buang.
#10 Aliv Senses Hair Shampoo 750ml (RM7.99)
Kredit: Lotus’s Malaysia
Syampu rambut ini kini diperbaharui dengan ekstrak protein soya terhidrolisis yang menyuburkan rambut dan juga ekstrak lidah buaya yang mencantikkan lagi rambut.
Lotus’s akan sentiasa di sisi korang sepanjang masa
Walaupun kebanyakan daripada kita mungkin masih berdepan dengan masa yang sukar dan mencabar, Lotus’s memahami keadaan yang dihadapi ramai rakyat Malaysia.
Sebab tulah Lotus’s masih mengekalkan harga jualan bagi kebanyakan produk diorang. Lotus’s juga telah menambah baik beberapa rangkaian produknya demi menawarkan produk yang lebih berkualiti.
Tapi, kalau ada apa-apa produk yang tak menepati standard kualiti yang korang jangkakan, Lotus’s bersedia untuk refund atau gantikan dengan produk baru. Best kan?
Untuk info lanjut tentang produk-produk jenama Lotus’s atau nak beli online, layari tesco.com.my.
*Nota: Harga-harga yang tertera boleh berbeza atau berubah dari semasa ke semasa.