Pakai Face Mask Lama-Lama Boleh Buat Keracunan CO2 Atau Kekurangan Oksigen. Betul Ke?

pakai face mask lama-lama boleh buat keracunan co2 atau kekurangan oksigen. betul ke?

Kredit: Freepik

Dengan kedatangan gelombang ketiga pandemik Covid-19, kita mesti lebih berhati-hati bila berada di luar rumah dan sentiasa patuhi SOP yang ditetapkan. Di kala orang ramai tengah sibuk melindungi diri dan keluarga masing-masing, masih ada golongan degil yang ingkar arahan untuk pakai pelitup muka.

Antara alasan yang diberi ialah diorang takut terkena keracunan CO2 atau kekurangan oksigen, lagi-lagi kalau kena pakai lama. Pelik kan? Terkena Covid-19 tak takut pulak. Ada je alasan.

Betul ke pakai pelitup muka lama-lama boleh menyebabkan keracunan CO2 atau kekurangan oksigen?

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Walaupun penggunaan pelitup muka yang berpanjangan boleh menyebabkan rasa rimas dan tak selesa, ia tidak akan menyebabkan keracunan CO2 atau kekurangan oksigen jika dipakai dengan cara yang betul.

Apa yang paling penting sekali ialah, masa korang pakai pelitup muka tu korang kena betul-betul pastikan yang ia muat dan sesuai dengan saiz kepala korang. Senang citer, jangan terlalu ketat atau longgar. Dan pastikan bila ketat tu ia masih boleh buat korang bernafas macam biasa.

Sebab ada sesetengah pelitup muka yang mungkin saiznya terlalu besar atau kecil untuk sesetengah orang, so pastikan ianya betul-betul muat. Kalau korang bertudung atau prefer nak adjust sendiri pelitup muka, better beli pelitup muka jenis yang diikat.

Kalau jenis ni melecehkan untuk korang, boleh je guna pelitup muka yang disarungkan pada telinga. Kalau longgar dan tak boleh nak adjust dia punya ketat tu, korang boleh gunakan pengubahsuai pelitup yang boleh ketatkan pelitup ikut keselesaan.

Jika korang pakai pelitup muka 3 lapis, korang cuma boleh pakai sekali je tau, dan tak boleh lebih daripada 8 jam. Kalau korang bergejala pulak, jangan pakai lebih daripada 4 jam. Bila nak buang pelitup muka tu, pastikan ia dibuang dalam tong sampah yang bertutup. Lepas tu jangan lupa cuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitiser.

Kalau pakai pelitup muka fabrik pulak, pastikan ia dibasuh dengan betul sebelum dipakai semula. Ni cara basuh yang disyorkan KKM:

betul ke pakai face mask terlalu lama boleh menyebabkan keracunan co2 atau kekurangan oksigen?

betul ke pakai face mask terlalu lama boleh menyebabkan keracunan co2 atau kekurangan oksigen?

Kredit: KKM

Whatever produk yang korang beli, pastikan ia diluluskan KKM. Jangan lupa jaga keselamatan diri dan keluarga dan patuhi SOP yang ditetapkan. Ingat, kita masih belum menang lagi tau!

ARTIKEL BERKAITAN