Ni 9 Nasihat Kepada Mereka Yang Nak Meniaga Tapi Boros

Alah setakat nak berniaga makanan kecil-kecilan, perlu ke ada buku kira-kira, dokumen semua tu?

Pandai-pandailah nanti nak uruskan modal, untung rugi bila dah start bisnes nanti.

Takkanlah habis semua duit berniaga tu aku nak enjoy..

Haaa kalau semua benda ni berlegar-legar dalam fikiran korang, baik hentikan je niat nak berniaga tu!

Ingat ye, nak berniaga walaupun secara kecil-kecilan, kena ada perancangan yang rapi dari segi kewangan, dokumen penting dan sebagainya.

Macam perkongsian seorang pemuda, Muslim Awang ni di Twitternya tentang jatuh bangun dia menguruskan perniagaan makanan.

Melalui perkongsian itu, Muslim akui dia tersalah langkah sebab tak sediakan perancangan rapi masa berniaga di IPTA tempat dia belajar di Selangor dulu.

Perniagaan Muslim ni memang sangat berjaya sampai boleh jana pendapatan 5 angka sebulan! Haa hebat kan?

Mula-mula dia fikir boleh uruskan duit dan perniagaannya dengan baik, tapi akhirnya gagal sebab boros berbelanja

Paling sedih, dia sampai terpaksa merempat sebab tak mampu nak bayar sewa bilik dan kena buat banyak kerja untuk tampung kehidupan di Kuala Lumpur.

Akhirnya, Muslim buat keputusan untuk pulang ke kampung halamannya di Kelantan untuk bina semula kehidupan baru di sana.

Dan, Alhamdulillah, sekarang ni dia dah berjaya buka gerai makanan secara kecil-kecilan di Pasir Puteh dan sambutan pun semakin hari semakin memberangsangkan!

So, ni antara pesanan Muslim untuk korang yang nak mulakan bisnes tu, hadam betul-betul okay!

Semoga dengan perkongsian ni, korang lebih bersemangat nak mulakan perniagaan sendiri, Good Luck!

Foto: Facebook Ahmad Muslim Awang, Internet

Oleh: Izzati Amira