Kredit: rantaimages/Freepik
Untuk golongan yang masih baru dalam dunia bisnes, biasanya ada tiga masalah utama yang dihadapi, iaitu pelanggan sasaran tak tau kewujudan bisnes korang, pelanggan tak berapa kenal dengan bisnes korang, dan pelanggan tak nampak atau faham macam mana bisnes korang boleh selesaikan masalah diorang.
So, kalau nak jana pendapatan yang pertama sebanyak RM10,000, bukan saja korang kena atasi ketiga-tiga masalah utama ni, tapi juga perlu elakkan tiga benda berikut:
#1 Jangan tamak
Jangan tamak kat sini maksudnya jangan jadikan semua orang sebagai pelanggan korang, sebab mungkin produk atau servis korang tu tak semua orang perlukan atau tak sesuai untuk sesetengah orang. Jadi penting untuk korang kenal pasti siapa pelanggan sasaran korang.
Contohnya macam mak-mak muda berumur lingkungan 20an ke, orang bujang profesional yang takde masa nak masak ke, bisnes lain yang nak outsource dan perlukan servis tertentu ke, dan sebagainya. Tentukan sama ada korang nak fokus B2B (business-to-business) atau B2C (business-to-customer). Yang penting jangan sapu semua.
Selain tu, kalau boleh elakkan buat terlalu banyak jenis bisnes, takut nanti korang tak boleh handle sebab susah nak fokus. Silap haribulan sales pun ke laut. Ada banyak bisnes tak semestinya kita akan untung banyak. Kemungkinan lebih banyak rugi pun ada.
#2 Jangan bagi fakta je
Menurut kajian, cuma 5% keputusan yang diambil manusia adalah berdasarkan fakta, manakala 95% yang lain terpengaruh dengan emosi. So sebagai contoh, kalau korang senaraikan segala jenis kandungan dalam produk siap dengan bahasa saintifiknya, tak ada siapa yang nak ambil tau sangat.
Biasanya lebih mudah untuk tarik pelanggan menggunakan emosi, dan lagi baik kalau produk atau servis korang tu boleh selesaikan masalah diorang. Lagi satu, pastikan korang guna bahasa yang orang senang faham. Copywriting tu takyah nak bombastic sangat. Simple dan direct dah cukup.
#3 Jangan menjual
Jangan menjual maksudnya jangan nampak sangat korang desperate nak sales, tapi cuba untuk selesaikan masalah pelanggan sasaran korang dahulu. Tunjukkan kat diorang betapa bernilainya produk atau servis korang tu buat diorang.
Cuba dekati pelanggan korang. Ketahui apa masalah dia, lepas tu tentukan macam mana korang boleh tolong selesaikan masalah dia dengan produk atau servis korang. Jangan terus hulur brochure dan expect dia akan tertarik dengan apa yang korang tawarkan.
Perluaskan ilmu pengetahuan korang dalam bidang bisnes untuk capai sales
Usaha tangga kejayaan, dan kalau nak capai sales RM10,000 yang pertama, kenalah belajar cara untuk tarik lebih ramai pelanggan secara online. Pastikan korang sentiasa upgrade ilmu agar tak ketinggalan.
Kredit: Momentum Internet
Kalau korang nak tahu macam mana nak roketkan sales melalui Facebook, jom daftar dan dapatkan kelas online dengan pendaftaran serendah RM10 sahaja bagi Kelas Strategi Online Roket Marketing (STORM) yang bakal berlangsung pada 24 dan 25 April 2021 ni!
Untuk info lanjut, check out NakTarikPelanggan.com.
Selain tu, kalau nak tau lebih lanjut tentang Momentum Internet dan pengasasnya Najib Asaddok, jom “LIKE” dan “FOLLOW” laman Instagram dan Facebook Najib Asaddok.