Mustahil Ke Nak Basuh Baju Tanpa Kesan Kedut?

Tidak dinafikan, menyeterika pakaian sememangnya memakan masa hingga ada antara kita yang tertanya-tanya bagaimana caranya untuk membuatkan sesuatu pakaian itu dibasuh bersih tanpa meninggalkan sedikit pun kesan kedut.

mustahil ke nak basuh baju tanpa kesan kedut?

Mustahilkah?

Jawapannya ialah ia tidak mustahil!

Seorang ibu telah berkongsi cara mencuci yang diinspirasikan daripada penyanyi kelahiran United Kingdom, Stacey Solomon yang berhasil membantunya mengurangkan waktu untuk menyeterika pakaian.

Menerusi satu entri yang dimuat naik di group Facebook, Emma Louise Cooper menulis:  “Saya pernah melihat Stacey melakukan ini sekali story dia dan memutuskan untuk mencubanya.

Terangnya, dia menjemur pakaian dengan menggunakan penyangkut baju sementara pakaian tersebut masih basah di ampaian.

Ia tidaklah bermaksud kesemua pakaian yang dijemurnya itu bebas daripada kesan kedut sebaik sahaja ia kering, namun Emma juga tidak perlu memikirkan untuk melipat semua pakaian.

Jelas Emma, dia sangat sukakan cara tersebut kerana ia menjimatkan ruang di ampaian selain boleh diangkat begitu sahaja kesemua pakaian tersebut sebaik kering.

Tambahnya lagi, cara tersebut memudahkan keluarganya memandangkan dia tidak perlu lagi menggunakan masa hujung minggunya untuk melipat kesemua pakaian itu, tambah lagi salah seorang anaknya merupakan anak istimewa yang mengalami masalah autistik.

“Terdapat lima orang di rumah kami dan bekerja selama 45 hingga 50 jam seminggu, jadi bagi saya, ia merupakan game-changer,” kata Emma.

Tidak ketinggalan, salah seorang pengguna yang berada dalam grup sama turut meninggalkan tip berguna yang mana sekiranya seseorang itu ingin mengeringkan pakaiannya di luar rumah, dia harus menterbalikkan pakaian tersebut kerana cahaya matahari akan memudarkan warna pakaian tersebut.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN