Kucing antara haiwan yang comel dan ramai yang memilih untuk memelihara kucing. Actually, kalau korang bela kucing banyak manfaat yang korang boleh dapat sama ada dari segi kesihatan fizikal dan mental.
Dengan membela haiwan peliharaan seperti kucing, ia dapat membentuk diri anda. Sebagai contoh, korang akan menjadi lebih penenang kerana kucing memiliki sifat tenang.
Kehadiran kucing saja sudah cukup memberikan vibe yang positif seperti:
- Menjadi Lebih Bahagia
Orang yang membela kucing ni sebenarnya mempunyai kesihatan psikologi yang lebih baik jika dibandingkan dengan mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.
- Mengurangkan Stress
Sebenarnya kan, kucing ni dapat menghilangkan stress tuannya. Macam mana? Belai dan usap kucing tu bila korang stress. Secara psikologinya tuan haiwan peliharaan tu akan mudah melepaskan tekanan.
- Melatih Hubungan Sosial Yang Baik
Korang mesti tahu kan yang kucing ni memerlukan perhatian yang lebih? Tapi sebenarnya, kucing pun bagi je perhatian kepada tuannya. Jadi, dengan cara tu ia mengajar kucing dan tuannya untuk memiliki hubungan social yang baik
Sumber: mstar
Oleh: Khalie Azmi