Sebulan Berpuasa, Ini Makanan Yang Perlu Diambil Penghidap Gastrik

Bulan Ramadan bakal tiba, dimana ketika ini umat Islam seluruh dunia akan berpuasa dengan menahan diri dari lapar dan dahaga serta nafsu dalam menjalani ibadah ini.

sebulan berpuasa, ini makanan yang perlu diambil penghidap gastrik

Penghidap gastrik merupakan antara yang terkesan kerana perlu berpuasa, dan ia sekaligus menjejaskan ibadah berpuasa mereka.

sebulan berpuasa, ini makanan yang perlu diambil penghidap gastrik

Namun jangan bimbang kerana dengan cara pemakanan yang betul boleh membantu mereka yang gastrik untuk berpuasa dengan sempurna.

 

Berikut adalah antara makanan yang perlu diambil mereka yang gastrik di sepanjang bulan Ramadan ini, seperti:

  1. Sayuran seperti kobis, brokoli, kentang, timun dan kacau hijau kerana makanan ini rendah lemak dan gula dan dapat mengurangkan asid perut serta baik untuk sistem pencernaan.
  2. Halia. Makanan ini mempunyai sifat antiradang semula jadi dan antara salah satu rawatan dalam masalah pedih ulu hati.
  3. Oat dan roti gandum
  4. Buah-buahan bukan sitrus (masam)
  5. Daging tanpa lemak seperti ayam, ayam belanda, ikan dan makanan laut
  6. Putih telur
  7. Lemak sihat seperti avokado, walnut, flaxseed, minyak zaitun, minyak bijan dan minyak bunga matahari.
  8. Makanan & minuman probiotik seperti yogurt, kefir dan kimchi.
  9. Makanan antibakteria dan kaya flavonoid seperti bawang putih, bawang, madu, halia, kunyit, kranberi dan saderi.

 

Untuk mengelakkan daripada menghidap gastrik, anda juga dinasihatkan untuk mengelakkan makanan berikut kerana ia boleh mencetuskan keradangan:

  • Makanan diproses
  • Gluten
  • Makanan berasid
  • Produk tenusu
  • Makanan bergula
  • Makanan pedas

 

Dalam masa sama, elakkan daripada tekanan berlebihan dalam usaha mengurangkan masalah gastrik anda. Dapatkan juga nasihat daripada doktor untuk pemeriksaan lanjut.

 

Sumber: Hello Doktor

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN