Sering kali golongan ibu bapa ‘bergelut’ untuk membuatkan anak mereka mengambil ubat ketika jatuh sakit.
Manakan tidak, jarang sekali ada kanak-kanak yang sukakan rasa kelat pada sesuatu ubat itu.
Namun, baru-baru ini seorang lelaki yang mempunyai anak kecil berkongsi cara efektif yang mampu membuatkan anaknya itu mengambil ubat tanpa sebarang rungutan mahupun amukan.
Menerusi satu entri di grup Facebook, lelaki itu menjelaskan bahawa dia menggunakan ‘tipu muslihat’ yang berjaya membuatkan anak lelakinya yang berusia dua tahun itu memakan ubat ketika sakit.
Kaedah yang digunakan ialah “reverse psychology” yang mana dia berpura-pura tidak reti memakan ubat dan meminta anaknya itu untuk menunjukkan cara memakan ubat tersebut.
Tulis lelaki tersebut, “Jadi anak saya yang berusia dua tahun benci untuk mengambil ubatnya! Dan saya menjumpai kaedah terbaik untuk melakukannya!!! Hahaha.
“Saya berpura-pura tidak tahu apa yang harus dilakukan dan saya membiarkannya menunjukkan kepada saya. Tiada kemarahan tiada drama yayyyyy.”
Rata-rata, ramai golongan ibu bapa di laman tersebut meninggalkan komen yang memuji kreativiti lelaki itu untuk membuatkan anaknya mengambil ubat.
Sumber: [1]