Kajian Dapati Kucing Tertekan Tuan Sentiasa Ada Di Rumah Masa Pandemik

Jika anda sering merasa tertekan kerana terpaksa berkurung di rumah tatkala pandemik COVID-19 sedang melanda dunia ketika ini, masalah itu turut dirasai oleh kucing peliharaan anda.

kajian dapati kucing tertekan tuan sentiasa ada di rumah masa pandemik

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh pakar-pakar haiwan, kucing merasa tertekan dan resah kerana tuannya berada di rumah sepanjang hari semasa pandemik COVID-19, memandangkan ramai pekerja yang terus bekerja dari rumah ketika ini.

 

Ia disokong oleh jumlah haiwan peliharaan yang semakin banyak dibawa ke klinik haiwan disebabkan oleh masalah mental.

 

Pusat kebajikan haiwan Cats Protection berkata, banyak haiwan yang berdepan kesukaran untuk tinggal bersama tuannya pada waktu siang, berbanding hanya waktu malam ketika sebelum pandemik dahulu.

kajian dapati kucing tertekan tuan sentiasa ada di rumah masa pandemik

“Perubahan kepada rutin harian kucing berpotensi menyebabkan haiwan itu tertekan kerana kucing merupakan makhluk yang suka membuat tabiat sama.

“Selain itu, kawasan senyap dan selamat yang digunakan kucing di dalam rumah mungkin telah diubah menjadi ruang pejabat, menjadikan ia tidak lagi mempunyai ruang bersendirian,” kata jurucakap pusat kebajikan itu.

 

Tambah lagi, jumlah manusia yang ramai dalam rumah akan meningkatkan tekanan terhadap haiwan itu kerana mereka sangat sensitif dengan bunyi bising.

 

Antara tanda-tanda kucing mengalami tekanan adalah mengiau secara berlebihan, kerap menjilat badannya, kerap mencakar, kencing dikawasan tidak sepatutnya dan juga kerap bersembunyi.

kajian dapati kucing tertekan tuan sentiasa ada di rumah masa pandemik

Sumber: [1]