Ingat, Korang Boleh Ditahan Polis Kalau Keluar Tak Bawa IC!

Setiap kali sebelum keluar rumah, tolong biasakan diri korang ‘check’ betul-betul semua benda yang penting untuk dibawa.

ingat, korang boleh ditahan polis kalau keluar tak bawa ic!

Contohnya, kad pengenalan diri, lesen, termasuklah pelitup muka dan 'hand sanitizer' masa musim Covid-19 ni.

 

Tambah-tambah pulak polis buat banyak sekatan jalan raya sepanjang PKP ni.
 

ingat, korang boleh ditahan polis kalau keluar tak bawa ic!

Ingat tau, kalau korang tak bawa IC masa pemeriksaan polis, korang boleh ditahan tanpa waran!

 

Kalau disabitkan kesalahan, hukuman penjara tak lebih 3 tahun atau denda tak lebih RM20,000 atau kedua-keduanya menanti!

 

So, sebelum keluar rumah tu pastikan IC dah memang ada dalam beg, kalau tak bawa, melayang la duit nak kena bayar denda atau lebih teruk masuk penjara.
 

ingat, korang boleh ditahan polis kalau keluar tak bawa ic!
 

Peringatan ni dibuat oleh Timbalan Ketua Polis Negara sendiri sebab baru-baru ni ada satu portal cakap kononnya polis tak berhak tahan mana-mana individu yang keluar rumah tak bawa IC.

 

Pengajaran kat sini, sebelum buat sebarang andaian atau kenyataan lebih baik sahkannya dengan pihak berkuasa dulu terutamanya babitkan undang-undang.

 

Takut-takut kita tersalah bagi informasi kat orang ramai, kan masalah tuu.


Oleh: Izzati Amir

 

ARTIKEL BERKAITAN