Dalam keadaan sekarang yang tidak sesuai untuk ke gym atau beriadah di luar rumah kerana COVID-19 yang sangat merbahaya dan senang dijangkiti, anda boleh lakukan senaman di rumah ini untuk membakar lemak dan kekal cergas. Jom tengok, apa senaman yang boleh dilakukan dirumah sepanjang COVID-19.
(*setiap senaman ini buat 30 kali sehari dah cukup)
- Berjalan

Kalau ada tangga di rumah, korang boleh lalukan aktiviti ‘naik turun’ tangga ataupun yang lagi senang korang boleh je lari setempat. Lakukan sebanyak beberapa pusingan, ini membantu menguatkan otot kaki anda.
- Squat

Senaman ni baik untuk menguatkan otot pada bahagian kaki dan punggung. Korang boleh try gunakan kerusi untuk melakukan senaman ni.
- Push Up
Nak kuatkan otos lengan, dada, bahu dan perut? Mudah je buat senaman push up. Senaman ni akan membantu korang mengempiskan perut dan membentuk pada bahagian lengan. Penat tu memang lah penat tapi kesannya memuaskan.
- Sit up

Senaman ni mudah je. Mula-mula korang baring dekat lantai sambil membengkok dan menyangkut kaki pada kerusi. Then letakkan tangan anda di atas dada dan angkatkan badan anda perlahan ke arah kaki. Ia membantu menguatkan abdominal atas. Kalau nak perut 6 pack buat la hari hari.
- Jumping Jacks

Kalau yang tak tahu apa itu jumping jacks, nama lainnya adalah lompat bintang. Senaman ni sesuai untuk semua orang. Actually, senaman yang korang Nampak simple ni sebenarnya boleh meningkatkan kadar denyutan jantung.
- Burpees

Senaman ni dikategorikan sebagai killer workout sebab dalam masa 10 minit, korang boleh bakar 100 kalori. Tapi, penat dan seksa dia memang tak dapat nak diigambarkan. Tapi, kalau dah selalu buat ok je. Senaman ni boleh meningkatkan kadar denyutan jantung dan menambahkan kuasa otot kaki.
Sumber: Khalie Azmi
Oleh: Khalie Azmi