Kalau korang baca tips kecantikan, tips jaga badan mesti akan ada point yang menyuruh kita minum banyak air kosong atau plain water.
Pernah tak korang terfikir, apa yang bagus sangat tentang air kosong ni sampaikan semua tempat yang melibatkan kesihatan, ada je yang suruh minum air kosong, kan?
So, kami nak kongsi dengan korang apa yang bagusnya tentang air kosong?
1. Air kosong boleh melincirkan sendi
Masalah rawan ditemui dalam sendi dan masalah yang melibatkan tulang adalah disebabkan air yang mengandungi lebih 80 peratus. Kalau korang dehidrasi dalam jangka masa panjang, korang boleh mengalami kesakitan sendi.
2. Air kosong menghasilkan air liur.
Air liur ni sangat penting untuk membantu kita mencerna makanan dan mengekalkan kelembapan mulut, hidung, dan mata. Ini akan mengurangkan geseran ataupun kerosakan. Minum air juga boleh membantu membersihkan ulut.
3. Air kosong boleh menghantar oksigen ke seluruh badan
Darah dalam badan kita mengandungi 90 peratus air dan ianya membawa oksigen ke bahagian tubuh badan yang berbeza. Jadi, kalau korang selalu minum air kosong, then, badan korang akan dapat banyak air.
Jangan amalkan minum air bergula terlalu banyak. Kerana apabila gula masuk ke dalam darah, ia akan menyebabkan korang dapat penyakit diabetis.
Sumber: Medical News Today