Ni Sebab Kenapa Semua Wanita Dan Lelaki Mesti Pakai Serum Dan Skrub

ni sebab kenapa semua wanita dan lelaki mesti pakai serum dan skrub

Kredit: katemangostar/Freepik dan benzoix/Freepik

Sebut je pasal penjagaan kulit, biasanya orang lelaki tak ambil kisah sangat. Tapi sebenarnya semua orang kena jaga kulit masing-masing, lagi-lagi kalau korang ada kulit yang bermasalah.

Semakin bertambah usia, semakin kurang kolagen dan keanjalan kulit yang boleh menyebabkan muka korang berkedut dan nampak lagi tua. Jom ketahui kenapa korang kena pakai serum dan skrub:

Serum memberi kelembapan pada kulit dengan lebih cepat dan melambatkan tanda penuaan

Berbanding moisturiser biasa, serum biasanya mengandungi bahan-bahan yang lebih berkuasa yang terdiri daripada molekul yang lebih kecil yang dapat meresap ke dalam kulit dan memberikan kepekatan bahan aktif yang sangat tinggi.

Dalam kata lain, serum berfungsi bagi mengatasi masalah kulit tertentu, terutamanya tanda penuaan seperti kedutan. Kalau korang dah mencecah usia pertengahan 20an, korang dah boleh mula pakai serum bagi melambatkan tanda penuaan, yang boleh muncul seawal usia 30an.

Skrub muka rajin-rajin kalau tak nak muka dipenuhi jerawat

Rutin skrub muka sebaiknya dimulakan masa korang masih remaja lagi, sebab time nilah biasanya muka korang banyak berjerawat disebabkan oleh hormon, lagi-lagi jenis kulit berminyak.

Pori-pori mudah tersumbat dan ini boleh menyebabkan sel-sel kulit mati pada permukaan kulit berkumpul, sehingga menyebabkan kulit nampak kusam dan seterusnya tumbuh jerawat yang banyak. Skrub berguna dalam menyingkirkan sel-sel kulit mati dan membersihkan muka.

Sama ada kulit korang jenis berminyak atau kering, memakai skrub secara berkala digalakkan mulai pertengahan usia remaja untuk permukaan kulit yang lebih licin dan bersih. Kalau korang teringin nak mula memakai serum dan skrub muka, mungkin korang boleh try

… Dnars Gold Repairing Serum dan Whitening Scrub!

ni sebab kenapa semua wanita dan lelaki mesti pakai serum dan skrub

Kredit: Dnars

Kedua-duanya sesuai untuk semua jenis kulit, tak kira wanita atau lelaki. Produk waterbase ni amat mudah digunakan. Bagi Dnars Repairing Serum, korang cuma perlu titiskan sebanyak 2 atau 3 titis setiap hari bagi menyerikan wajah di samping mengurangkan jerawat dan jeragat, membuat tona kulit kembali sekata, dan wajah yang lebih awet muda.

ni sebab kenapa semua wanita dan lelaki mesti pakai serum dan skrub

Kredit: Dnars

Untuk Whitening Scrub pula, ia mempunyai kebaikan ekstrak Teh Hijau, Asid Laktik dan esktrak Minyak Zaitun yang membantu menyingkirkan sel kulit mati yang degil, menganjalkan kulit dengan mengurangkan kedutan halus, menenangkan iritasi dan jerawat, menyekatakan tona wajah, dan mengurangkan pembentukan blackhead serta whitehead.

ni sebab kenapa semua wanita dan lelaki mesti pakai serum dan skrub

Kredit: Dnars

ni sebab kenapa semua wanita dan lelaki mesti pakai serum dan skrub

Kredit: Dnars

Dnars Gold Repairing Serum dan Whitening Scrub ni boleh didapati di semua toko jamu dan ejen produk yang sah. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang produk-produk ni, korang boleh “LIKE” dan “FOLLOW” laman Instagram atau Facebook Dnars Gold.