Sebelum kita teruskan cara untuk melindungi diri daripada terkena kilat, apa kata kita fahami dulu bagaimana kilat boleh terhasil.
Menurut National Safety Lightning Institue , Malaysia berada di kedudukan ketiga bagi negara yang paling banyak menerima ribut petir dan Kuala Lumpur adalah bandar kelima terkerap yang mengalami kilat.
So, apa yang harus dilakukan untuk mengelak daripada terkena kilat?
1. Berlindung di dalam bangunan
Bahan binaan bangunan adalah penebat yang baik dan menghalang kilat daripada mengalir melaluinya.
2. Berlindung di dalam kereta
Jika korang sedang memandu, disarankan untuk berhenti di bahu jalan dan matikan enjin serta letak tangan anda di paha. Elakkan daripada menyentuh mana-mana bahagian dalam kereta seperti pintu, tingkap, stering ataupun tombol gear. Dalam situasi ini, kereta menjadi Sangkar Faraday , iaitu sebagai perisai daripada medan elektrik luar.
3. Jangan berteduh di bawah pokok
Pokok, bangunan, tiang lampu atau apa-apa struktur yang tinggi mempunyai sifat pengaliran eletrik yang tinggi.Jadi jangan stay bawah pokok.
Tapi, bagaimana jika tidak ada tempat berlindung?
1. Duduk dalam keadaan mencangkung
Duduk serendah yang mungkin tetapi jangan baring!
2. Jengketkan Kaki
Kaki korang kena jenket hanya jari kaki yang bersentuhan tanah. Ini bagi mengurangkam risiko pengliran kilat.
3. Pastikan kedua tumit bertemu
Ini dapat memperkecilkan lagi pengaliran kilat. Bila jilat mengalir dalam tubuh anda memalui kaki sebelah kanan, maka ia akan mengambil laluan tersingkat unduk keluar ke tanah semula.
4. Tutup telinga
Ini untuk melindungi telinga korang daripada pekak.
Semoga tips ini dapat dimanfaat kan bagi mengurangkan kecederaan mahupun kematian. Kekal Selamat!
Sumber : fizikal