Kalau Makan Pisang Jangan Dibuang Kulitnya, Ada Banyak Kegunaan!

kalau makan pisang jangan dibuang kulitnya, ada banyak kegunaan!

Pisang merupakan buah kegemaran semua orang bukan saja sedap tetapi banyak juga khasiatnya. Pisang adalah makanan yang memberi tenaga yang tinggi kalau dibandingkan dengan buah-buahan yang lain. Selalunya kulit pisang akan dibuang begitu saja betul tak? Tak ramai yang tahu khasiat kulit pisang ni.

Kulit pisang mengandungi vitamin C, E, kalium dan zink yang dapat mengurangkan jerawat di muka dan juga ia berfungsi sebagai anti-wrinkles. Selain itu, kandungan lutein dan karotenoid dapat membantu masalah jerawat yang kronik. Gosokan kulit pisang pada wajah dan biarkan semalaman. Buat 3 kali seminggu, dan anda akan nampak hasilnya. Kulit wajah kelihatan lembab dan lembut.

kalau makan pisang jangan dibuang kulitnya, ada banyak kegunaan!

Kulit pisang juga dapat menghilangkan parut dan gatal pada muka akibat gigitan serangga kerana ia mengandungi magnesium dan histamin. Mudah je, sapukan kulit pisang pada bahagian itu dan biarkan selama 10 – 15 minit. Lakukannya setiap hari!

Selain itu, kulit pisang mengandungi potassium yang tinggi yang boleh memutihkan gigi dan hilangkan sakit kepala. Gosok kulit pisang pada gigi setiap hari selama 2 minit dan bilas. Mesti putih! Kalau sakit kepala pula, korang boleh letakkan kulit pisang di belakang leher dan dahi. Zat kalium membantu mengurangkan rasa sakit kepala.

Sumber: Rasa

Oleh: Khalie Azmi