Ramai Tahu Pandu Kereta Tapi Tak Tahu Manfaat ‘NCD’

Sehingga Jun 2020, terdapat sebanyak 17,092,540 buah kenderaan yang berdaftar di Malaysia, dan jumlah itu semakin meningkat dari hari ke hari.

ramai tahu pandu kereta tapi tak tahu manfaat ‘ncd’

Mungkin ramai antara pemandu dan pengguna kenderaan yang pernah dan biasa dengan terma NCD, dan mungkin ada yang tidak pernah mendengarnya,

 

NCD atau juga No-Claim Discount adalah diskaun yang pemilik kereta akan peroleh apabila memperbaharui insurans kereta setiap tahun.

 

Potongan diskaun sebanyak 25% akan diperoleh pada tahun kedua untuk pemilik kenderaan persendirian. Dalam bahasa mudah, pemilik akan membayar insurans pada tahun pertama dengan diskaun 25% daripada harga insurans tahunan yang diambil.

 

Diskaun itu hanya diperoleh jika tiada tuntutan dibuat dalam tempoh sebelumnya. Malah, diskaun sehingga 55% akan diperoleh jika tiada tuntutan dibuat dalam masa lima tahun berikutnya.

ramai tahu pandu kereta tapi tak tahu manfaat ‘ncd’

Namun begitu, nilai NCD akan kembali menjadi kosong jika berlaku sebarang tuntutan dibuat pada mana-mana tahun, membuatkan pemilik perlu membayar insurans pada harga penuh.

 

Ada beberapa jenis tututan yang boleh membatalkan NCD dan ada juga sebaliknya.

 

Servis towing  misalnya adalah antara perkhidmatan yang disediakan pihak insurans anda dan ia tidak membatalkan NCD.

ramai tahu pandu kereta tapi tak tahu manfaat ‘ncd’

Rata-rata pengguna tidak tahu atau takut untuk menggunakan servis towing yang disediakan secara percuma kepada semua pelanggan insurans kerana risau NCD akan kembali menjadi kosong. Maka disebabkan itu, ada yang menjadi mangsa penipuan sindiket towing, hingga kerugian ratusan ringgit.

 

Maka, rujuklah kepada polisi insurans kenderaan anda. Jarak dan bilangan towing bergantung kepada polisi insurans yang diambil. Sekurang-kurangnya, anda sudah boleh menjimatkan duit poket untuk perkhidmatan towing kenderaan.

 

Sumber: Carput / Sinarplus