Jerawat adalah gangguan pada kulit wajah hingga menyebabkan orang boleh hilang keyakinan diri. Kebiasaannya peningkatan umur menyebabkan perubahan pada hormon dan ini menyebabkan punca tumbuhnya jerawat. Tapi banyak juga punca jerawat yang lain, contohnya stress, keletihan atau kepenatan dan cara pemakanan.
Kadang kala kita sering terlepas pandang dalam penjagaan kulit wajah dan juga tentang kebersihan persekitaran contohnya seperti kekerapan menukar sarung bantal. Bantal mengumpul banyak bakteria daripada sisa sel kulit, air liur, kelimumur dan lain lain. Sel kulit mati adalah makanan hama dan kutu kecil.
Kutu meninggalkan najis yang menyebabkan gejala alahan seperti selsema,gatal gatal, batuk dan bersin. Ia membuatkan kita berasa sangat sensitif dan bakteria pada sarung bantal adalah penyebab jerawat.
Dinasihatkan sarung bantal ditukar setiap 1-2 minggu sekali dan perlu dibasuh setiap 6 bulan. Ataupun jemur bantal dibawah cahaya matahari boleh membunuh bakteria dan menyegarkan bau bantal.
Haa bantal pun ada expired date tau, tak boleh pakai lama lama. Kalau nak jimat pun, fikirkan kesihatan yang lebih penting.
Sumber: keluarga.my
Oleh: Khalie Azmi