Jangan Pandang Remeh Rasa Kebas, Ia Mungkin Tanda Penyakit Yang Anda Tak Tahu

Kebas atau juga disebut dalam masyarakat sebagai ‘semut-semut’ pada kaki sering terjadi apabila kita duduk atau berbaring terlalu lama dalam jangka masa panjang. Ia juga boleh dirasai pada anggota lain seperti telapak tangan.

jangan pandang remeh rasa kebas, ia mungkin tanda penyakit yang anda tak tahu
 
Meskipun ia sering dianggap biasa, rasa kebas atau juga disebut sebagai Paraesthesia boleh menjadi petanda kepada penyakit lain yang anda sendiri tidak tahu.

jangan pandang remeh rasa kebas, ia mungkin tanda penyakit yang anda tak tahu
 
Secara normal, rasa kebas ketika duduk terlalu lama terjadi kerana saraf pada bahagian kaki termampat, menyebabkan pengaliran darah tersekat pada bahagian tersebut. Biasanya ia akan pulih selepas beberapa minit.


Apa yang membimbangkan, rasa kebas yang terjadi berulang kali akibat daripada penyakit serius seperti diabetes yang mana ia merosakkan saraf akibat daripada kadar gula yang tinggi. Selain itu, mereka yang mempunyai arteri pada kaki atau tangan yang sempit juga sering merasa kebas pada bahagian ini kerana tidak menerima bekalan darah mencukupi.


 
Antara cara rawatan bagi masalah kebas adalah dengan meletakkan pek ais atas kaki selama 15 minit dan juga mengurut. Sila dapatkan pemeriksaan segera jika masalah kebas ini terjadi dengan kerap serta menyebabkan kesakitan. Boleh jadi ia tanda kepada penyakit lain.

 
Sumber: Hello Doktor
 
 
 

ARTIKEL BERKAITAN