Ini Rupanya Rahsia Atlet Olimpik Kekal Cergas, Semua Orang Pun Boleh Buat!

Sukan Olimpik di Tokyo yang sedang berlangsung ketika ini menjadi tumpuan ramai peminat sukan di dunia. Mana tidaknya, acara seperti ini bakal menyaksikan perebutan pingat dalam pelbagai acara sukan dan juga rekod-rekod dunia yang akan dipecahkan.

ini rupanya rahsia atlet olimpik kekal cergas, semua orang pun boleh buat!

Pernahkah anda terfikir bagaimana atlet-atlet sukan ini mempunyai stamina yang cukup luar biasa, jika dibandingkan dengan mereka yang tidak suka bersukan?

ini rupanya rahsia atlet olimpik kekal cergas, semua orang pun boleh buat!

Sudah pastinya atlet dan peminat aktiviti kecergasan akan menjalani latihan yang berterusan, termasuklah senaman TABATA, iaitu senaman yang sangat efektif untuk membakar lemak dan juga membina otot.

 

Senaman yang mengambil masa 20 minit untuk setiap sesi, diperkenalkan oleh Dr. Izumi Tabata untuk melatih atlet Olimpik pada sekitar 1990-an. Ia hampir sama dengan senaman high intensity interval training (HIIT) yang lain, yang juga memfokuskan senaman pada kadar maksimum dalam masa pendek dengan tempoh rehat yang sekejap. Hasilnya ia terbukti dapat membakar lemak, menambah ketahanan dan juga membantu mengurangkan berat badan.

ini rupanya rahsia atlet olimpik kekal cergas, semua orang pun boleh buat!

Meskipun senaman TABATA pada mata nampak mudah, ia bukanlah untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti kecergasan. Misalnya, anda boleh melakukan:

  • Tekan tubi (4 minit)
  • Squat (4 minit)
  • Burpees (4 minit)
  • Mountain climbers (4 minit)

 

Dan ia tidak terhad kepada itu sahaja, ia boleh dilakukan dengan pelbagai cara lain termasuklah berlari atau berbasikal. Yang penting adalah nisbah 20/10/8 harus dipatuhi iaitu 20 saat bersenam, 10 saat berehat dan ulang 8 kali setiap set.

ini rupanya rahsia atlet olimpik kekal cergas, semua orang pun boleh buat!

Ayuh bakar lemak dengan ber-TABATA!

Sumber: Hello Doktor

 

ARTIKEL BERKAITAN