Ingin Tampil Menawan Ketika Hadiri 'Online Meeting'? Ikuti 3 Tips Mudah Ini

Saat bekerja dari rumah, pekerja ada kalanya akan menghadapi beberapa halangan kecil. Misalnya, kerja yang tidak berpenghujung sehingga menyebabkan mereka menghadapi masa-masa terhad untuk mempersiapkan diri, lagi-lagi, ketika harus segera muncul di hadapan kamera untuk menghadiri mesyuarat dalam talian.

ingin tampil menawan ketika hadiri 'online meeting'? ikuti 3 tips mudah ini

Tapi jangan risau, kerana kali ini SYOK ingin berkongsi beberapa tips yang mudah dan berguna agar anda dapat tampak profesional ketika menghadiri ‘online meeting’ biarpun bekerja dari rumah!

ingin tampil menawan ketika hadiri 'online meeting'? ikuti 3 tips mudah ini

Pakaian selesa namun tetap tampak profesional

Untuk mengelakkan daripada tampil tidak profesional ketika perjumpaan maya, lagi-lagi ketika kamera dihidupkan, seseorang itu sekiranya wanita, boleh memakai kemeja rayon lembut yang kini menjadi trend dan boleh didapati dalam pelbagai motif. Bagi pekerja lelaki pula, boleh cuba memakai baju berkolar, tentunya dengan pelbagai pilihan warna.

Di samping itu, anda juga boleh mencuba outer wear seperti blazer dan cardigan. Hasilnya, apabila ada pertemuan penting dengan pegawai atasan, tetap sahaja akan kelihatan profesional biarpun bekerja dari rumah.

ingin tampil menawan ketika hadiri 'online meeting'? ikuti 3 tips mudah ini

Semburkan minyak wangi

Produk minyak wangi atau wangian mampu meningkatkan mood seseorang menjadi lebih gembira. Ketika bekerja dari rumah, anda boleh memilih minyak wangi ringan namun tetap tahan lama baunnya pada badan.

Bau laut, aroma kayu, sitrus dan kasturi sering kali menjadi pilihan kebanyakan pekerja lelaki. Sementara itu, buat kaum wanita yang tertanya-tanya mengenai aroma apakah yang patut mereka cuba, boleh cuba aroma powdery dan aldehydic yang memberikan kesan lembut, manis, feminin dan klasik.

ingin tampil menawan ketika hadiri 'online meeting'? ikuti 3 tips mudah ini

Rambut dan wajah

Sekarang pakaian dan minyak wangi telah disediakan. Bagaimanapun, nanti dulu. Anda tidak boleh tinggalkan bahagian penampilan rambut dan wajah.

Buat wanita, anda boleh memulakan dengan meluruskan rambut dengan blow natural atau semi curly. Untuk menjadikannya kelihatan segar dan kemas, anda boleh menambah sedikit solekan.

Gincu dan pemerah pipi boleh menjadikan pekerja wanita kelihatan lebih menarik. Biarpun begitu, pekerja lelaki boleh menggayakan rambut mereka mengikut citarasa masing-masing sehingga kelihatan lebih kemas.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN