Setiap kali kita ingin menggunting rambut di salon, pastinya kita mengharapkan bahawa rambut kita akan bertukar menjadi sama seperti yang ditunjukkan dalam gambar.
Namun, seorang pendandan rambut profesional, Adam Reed menasihatkan orang ramai agar jangan percaya dan terbawa-bawa dengan apa yang dilihat dalam talian.
Ini kerana, sebilangan besar orang mendapat inspirasi untuk mendandan rambut mereka daripada golongan selebriti, model atau gambar yang mereka lihat di media sosial.
Walaupun ia adalah kaedah termudah untuk memberikan idea kasar kepada pendandan rambut tentang apa yang dimahukan, namun mereka juga harus melakukan perbincangan yang jujur mengenai pemeliharaan gaya rambut masing-masing.
Manakan tidak, menurut Adam, kebanyakan gaya rambut yang dilihat dalam talian memakan kos yang tinggi untuk dipelihara.
“Sebilangan besar selebriti yang anda lihat mengubah rambut mereka setiap hari dengan memakai rambut palsu dan potongan rambut, dan menukar warna rambut itu memakan masa dan mahal, serta perlu dijaga dengan produk hebat,” terangnya.
Sumber: [1]