Ada Yang Sampai Elak Ambil Gula Sebab Nak Lawan Jangkitan Virus & Tingkatkan Sistem Imun?

ada yang sampai elak ambil gula sebab nak lawan jangkitan virus & tingkatkan sistem imun?

Kredit: Freepik

Ketika musim pandemik ni, kita boleh lihat perangai sebenar masing-masing. Ada yang gelabah dan buat panic buying sehingga menyusahkan orang lain. Ada yang tak faham bahasa dan teruskan perjalanan pulang ke kampung, walaupun dah dilarang. Ada yang gembira sebab dapat duduk di rumah selama dua minggu. Dan ada yang kalut sangat takut terkena jangkitan.

Kalau korang jenis yang selalu risau takut jatuh sakit, korang boleh cuba untuk tingkatkan sistem imun agar tubuh badan korang kuat dalam melawan serangan jangkitan.

Baca lebih lanjut tentang fakta-fakta berkaitan melawan jangkitan virus ni:

#1 Elak ambil gula takkan meningkatkan sistem imun

Menurut Dr Caroline Apovian, Pengarah Pusat Pemakanan dan Pengurusan Berat Badan di Boston Medical Center dalam sebuah temubual bersama Business Insider, mengelakkan gula sebenarnya tak akan tingkatkan sistem imun.

Setakat ni tiada bukti yang menunjukkan manisan seperti donat akan meningkatkan peluang korang daripada terkena jangkitan kuman. Tapi, ini bukanlah bermakna yang korang boleh ambil banyak gula ye. Apa-apa pun yang kita buat kenalah bersederhana.

#2 Pengambilan vitamin yang banyak sebenarnya tak membantu pun

Pakar mengatakan bahawa tak kiralah sebanyak mana vitamin atau jus yang diambil pun, ia takkan mampu mengelakkan korang daripada jatuh sakit kalau korang dah ada close contact dengan patogen berbahaya.

Malah, dos pengambilan vitamin yang tinggi boleh menyebabkan kesan sampingan seperti pening-pening, mual, dan sakit kepala. Lagi teruk, boleh menyebabkan kerosakan organ dalaman macam hati dan buah pinggang.

#3 Mendapatkan vitamin D secara semulajadi boleh meningkatkan sistem imun

Sebuah kajian mendapati bahawa sistem imun memerlukan vitamin D untuk melawan jangkitan. Walaupun tidak melindungi korang daripada terkena virus jika korang dah terdedah, tetapi pengambilan vitamin D dapat mengurangkan keterukan penyakit dan mempercepatkan proses pemulihan.

Korang boleh dapatkan vitamin D secara semulajadi dengan berjemur di bawah cahaya matahari (sebelum pukul 9 pagi), atau melalui makanan seperti salmon, telur, dan cendawan.

#4 Tidur yang cukup pada setiap malam boleh menguatkan tubuh badan untuk melawan serangan jangkitan

Dalam sebuah kajian oleh pakar tidur, Matthew Walker, yang juga seorang profesor neurosains dan psikologi di University of California, tidur yang tak berkualiti walaupun untuk satu malam boleh mengurangkan sel-sel imun sebanyak 70%.

Masa korang tidur, tubuh akan melakukan pemulihan kritikal dan pembaikan fungsi penting, termasuk sistem imun. Dapatkan tidur mencukupi iaitu selama 7 hingga 9 jam.

#5 Makan makanan yang tinggi kandungan nutrisi boleh meningkatkan sistem imun

Menurut sebuah rencana kesihatan oleh Clare Collins, seorang profesor Pemakanan dan Dietetik dari Universiti Newcastle, nutrisi seperti vitamin A, vitamin B, vitamin C, vitamin E, vitamin D, zat besi, dan selenium boleh membantu sistem imun dalam melawan serangan jangkitan.

Korang boleh mulakan pemakanan yang lebih sihat dengan pengambilan makanan yang tinggi nutrisi, seperti sayuran hijau, kacang, atau kurma.

Kalau korang suka jajan, gantikannya dengan kurma sebab lebih menyihatkan, di samping mempunyai kandungan serat, mineral, fitonutrien, vitamin C, kalium, magnesium, dan zat besi yang tinggi, serta sedikit kandungan protein dan lemak.

Cara lain bagi menikmati kurma yang tinggi nutrisi

Selain makan kurma sebijik-sebijik, apa kata korang try minum susu berperisa kurma yang juga menyihatkan, contohnya macam Susu Tamar Origina?

ada yang sampai elak ambil gula sebab nak lawan jangkitan virus & tingkatkan sistem imun?

Susu segar yang diimport dari Australia dengan pati buah kurma di Timur Tengah yang asli ni tidak mengandungi sebarang gula, pewarna, atau bahan pengawet. Ia membekalkan tenaga dengan memberikan banyak khasiat dan nutrisi penting untuk badan sepanjang hari.

Selain susu tamar, korang rasalah juga jus Origina Pomegranate yang tinggi antioksidan dan tanpa gula, serta jus Origina Soursop. Sedap dan menyegarkan tau!

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ORIGINA Stay Vibrant (@origina_hq) on

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ORIGINA Stay Vibrant (@origina_hq) on

Korang boleh dapatkan semua minuman yang berkhasiat ni di mana-mana pasaraya (seperti AEON, Tesco, Mydin, Village Grocer, Ben’s Independent Grocer), kedai serbaneka (7-Eleven, 99Speedmart, Family Mart, MyNEWS, Watsons), dan Petrol kiosks (kedai Mesra Petronas dan PETRON).

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Origina, “Like” dan “Follow” di Instagram dan Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN