Bosan Kerja Dari Rumah? Jom Try 5 Game Online Ini Dengan Kawan-Kawan

Sejak pandemik COVID-19 ini, ramai pekerja mahupun pelajar yang perlu melaksanakan tugas masing-masing di rumah.

 

Tidak dinafikan stress bekerja atau belajar dari rumah memang ada, hingga ada pekerja dan pelajar yang mengalami tekanan dan ia sangat membahayakan kesihatan mental dan fizikal mereka.

 

Tambah pula bila sudah lama tidak bertemu rakan sekerja, membuatkan otak kadang kala menjadi temu dan badan menjadi lemau.

 

Untuk mengelakkan ini daripada berlaku, apa kata sekali-sekala anda cuba permainan online? Ia boleh dimainkan bersama rakan-rakan secara atas talian dan paling penting ia sangat menghiburkan!

 

1. Gartic Phone

bosan kerja dari rumah? jom try 5 game online ini dengan kawan-kawan

Konsep permainan sama seperti permainan ‘telefon karat’, dimana kita perlu menyampaikan mesej dari seseorang ke seseorang yang lain. Cumanya mesej kali ini perlulah dilukis.

 

2. Spyfall

bosan kerja dari rumah? jom try 5 game online ini dengan kawan-kawan

Siapa agaknya yang pandai berlakon menipu? Dalam game Spyfall, akan ada seorang atau dua orang yang perlu berlakon acah tahu lokasi dan tempat yang dimaksudkan. Orang lain yang bukan spy, masing-masing tahu lokasi dan jawatan sendiri. Jadi, berbekalkan soalan dan fakta, maka carilah siapa spy antara kawan anda!

 

3. Skribbl.io

bosan kerja dari rumah? jom try 5 game online ini dengan kawan-kawan

Kalau nak tahu rakan anda itu mahir melukis atau sebaliknya, permainan ini sangat sesuai dimainkan. Klu akan diberi pada skrin komputer masing-masing dan individu itu perlu melukis perkataan yang diberi. Orang lain hanya perlu meneka dengan menaip jawapan yang betul pada ruangan chat. Paling banyak tekaan yang betul dikira pemenang.

 

4. Scattegories

bosan kerja dari rumah? jom try 5 game online ini dengan kawan-kawan

Menguji kehebatan geng anda dalam memberi perkataan berdasarkan huruf dan kategori yang tertera. Simple tapi menarik!

 

5. Teka Katak Puru Nyanyi

Ini paling mudah. Ambil giliran untuk menyanyi tapi make sure mulut penuh dengan air ok? Tengoklah siapa yang tersembur!

 

Banyak lagi permainan online yang kita boleh main bersama kawan-kawan bagi menghilangkan kebosanan dan tekanan kerja dan belajar di rumah. Selamat mencuba ya!