Terdapat banyak jenis diet yang boleh diamalkan bagi tujuan mendapatkan berat badan yang diingini dan juga untuk kekal sihat.
Antara diet yang mungkin jarang didengari adalah diet militari 3 hari.
Mendengarkan namanya sahaja sudah nampak lasak, mesti ramai yang takut untuk mencuba diet militari kerana risau terpaksa menjalani diet yang ketat dan juga ekstrim. Persoalannya, apakah yang dimaksudkan dengan diet militari 3 hari? Adakah ia benar-benar berkesan?
Nama diet militari berasal daripada diet para askar di Amerika Syarikat yang berhasrat untuk mengekalkan berat badan ideal dan sihat. Seseorang itu perlu mengikut pelan diet yang agak ketat selama tiga hari, diikuti dengan cheat day selama 4 hari sejurus selepas itu.
Diet ini akan berlangsung selama beberapa minggu lamanya dengan turutan yang sama, sehinggalah berat badan yang diingini mampu dicapai.
Untuk 3 hari diet, anda mesti mengikuti diet rendah kalori untuk sarapan pagi, makan tengah hari serta makan malam tanpa snek di antara waktu makan.
Selama 3 hari yang sangat penting ini, jumlah kalori yang dibenarkan untuk diambil hanyalah sekitar 1,100 ke 1,400 kalori sehari, yang mana ia agak rendah bagi orang dewasa. Untuk 4 hari yang seterusnya pula, anda boleh amal diet sihat dengan sedikit kelonggaran namun dengan syarat kalori dalam sehari itu tidak boleh terlalu tinggi.
Urutan 3 hari diet dan 4 hari cheat day ini akan berturutan sehinggalah beberapa minggu lamanya.
Menurut Hello Doktor, berikut adalah contoh menu yang boleh dibuat bagi diet militari ini:
#1 Hari pertama
Untuk hari pertama, anggaran pengambilan kalori dalam sehari adalah sekitar 1,400 kalori.
Sarapan pagi
- Roti bakar dengan sapuan jem atau mentega
- Separuh limau gedang
- Secawan kopi atau teh
Makan tengah hari
- Roti bakar dengan sapuan jem atau mentega
- Separuh ikan tuna
- Secawan kopi atau teh
Makan malam
- 85 gram daging
- Sebiji epal
- Separuh pisang
- Secawan aiskrim
#2 Hari kedua
Untuk hari kedua, anggaran pengambilan kalori dalam sehari adalah sekitar 1,200 kalori.
Sarapan pagi
- Roti bakar dengan sapuan jem atau mentega
- Sebiji telur rebus
- Separuh pisang
- Secawan kopi atau teh
Makan tengah hari
- Sebiji telur rebus
- Secawan keju kotej
- 5 biji biskut
- Secawan kopi atau teh
Makan malam
- 2 biji sosej tanpa roti
- Separuh cawan lobak dan brokoli
- Separuh pisang
- Separuh cawan aiskrim
#3 Hari ketiga
Untuk hari ketiga, anggaran pengambilan kalori dalam sehari adalah sekitar 1,100 kalori.
Sarapan pagi
- Sebiji keju cheddar
- 5 biji biskut
- Sebiji epal
- Secawan kopi atau teh
Makan tengah hari
- Roti bakar dengan sapuan jem atau mentega
- Sebiji telur (bebas cara masakan)
- Secawan kopi atau teh
Makan malam
- Secawan ikan tuna
- Separuh pisang
- Secawan aiskrim
Dengan menghadkan pengambilan kalori, sudah pasti ia dapat mengurangkan berat badan anda. Namun, sila dapatkan nasihat daripada doktor atau pakar diet anda sebelum cuba diet militari ini untuk mengelakkan sebarang risiko kepada kesihatan anda.
Sumber: Hello Doktor