Anda tahu tak yang sebenarnya anda boleh menaip emoji hanya dengan menggunakan PC?
Ha! Tertanya-tanya dengan caranya?
Jawapannya mudah sahaja.
Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan membuka aplikasi Microsoft Word terlebih dahulu.
Kemudian, tekan kekunci Windows dan kekunci (.) pada waktu yang sama.
Papan kekunci emoji kemudiannya akan muncul dan anda boleh memilih pelbagai emoji untuk digunakan dari situ!
Senang kan?
Lepas ni, anda dah tak perlu bersusah-payah lagi mencari sebarang emoji dalam talian kerana anda dengan mudahnya, boleh menaip terus dari aplikasi Word!
Selain itu, ciri tersebut juga boleh digunakan bukan hanya pada Word namun juga pada lain-lain aplikasi termasuklah browser untuk melayari internet dalam PC anda!
Oh ya, apa-apa pun, jangan lupa untuk berkongsi tips ini dengan kawan-kawan anda yang barang kali merupakan emoji juga!
Namun, ingin diingatkan bahawa ciri ini khusus untuk pengguna papan kekunci Windows sahaja.
Sumber: [1]