Cara Betul Simpan Daging Korban Dalam Peti Sejuk Supaya Tahan Lama

Daging korban sama ada lembu, kambing mahupun unta akan diagih-agihkan kepada mereka yang memerlukan setiap kali tibanya musim perayaan Aidiladha.

cara betul simpan daging korban dalam peti sejuk supaya tahan lama

Namun, lambakan daging korban yang diberikan dari pelbagai pihak mungkin tidak sempat digunakan kerana telah rosak selepas disimpan lama dalam peti sejuk.

 

Berikut adalah cara penyimpanan daging korban yang betul bagi memastikan ia tahan lama:

(a) Jangan Basuh

Sebelum disimpan, daging tidak perlu dibasuh kerana jika dibasuh guna air paip, kuman boleh masuk dan tinggal dalam pori-pori daging.

Basuh daging bila kita mahu masak daging tersebut.

Simpan daging dalam peti sejuk beku.

 

(b) Simpan Dalam Ukuran Kecil

Jika dapat daging yang banyak, jangan simpan 2 – 4 kg daging ketul besar sekali gus.

Cara yang betul, potong daging berukuran lebih kecil dan simpan di dalam plastik lebih kurang 1/2 kg atau 1 kg seplastik.

Jika mahu masak, ambil satu plastik atau jumlah kilogram yang hendak dimasak saja.

Dengan cara ini, daging dalam peti sejuk beku boleh tahan lebih satu tahun.

 

(c) Jangan Terus Dibekukan

Sebelum simpan di freezer, simpan daging dalam peti sejuk selama 4-5 jam. Setelah sejuk baru masuk ke dalam freezer.

 

(d) Cara Menyah beku

Jika mahu masak daging beku, jangan cairkan ais pada daging beku menggunakan air panas.

Cara yang betul adalah meletakkan daging beku di dalam air biasa (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik).

Setelah daging sudah dinyah beku, buka plastik, basuh daging hingga bersih dan potong lalu siap dimasak.

 

(e) Tip Tambahan

Jangan guna plastik hitam kerana ia adalah hasil kitar semula iaitu mengandungi cadmium yang merangsang kepada sel kanser. Pakailah plastik putih atau plastik jernih untuk membungkus daging.

 

Sumber: Nona / Astro AWANI