Cara Paling Mudah Bersihkan Blender Sehingga Hilang Bau Dan Kesan Degil

Blender sering digunakan untuk menghisar bahan bahan masakan terutamanya bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas , ikan bilis, cili dan kunyit. Bahan bahan ini meninggalkan kesan warna pada blender dan juga bau yang kuat walaupun selepas banyak kali dicuci.

Contohnya kunyit yang dikisar akan meninggalkan warna kuning pada blender. Bimbang akan kesan bau akan memberi kesan kepada masakan nanti? Jangan risau ikut tips ini.

cara paling mudah bersihkan blender sehingga hilang bau dan kesan degil

1. Isi air blender dan letakkan sedikit beras ke dalam.

2. Masukkan limau nipis yang dipotong kecil ke dalam blender dan kisar bersama.

3. Kisar selama 15 ke 20 saat dan tapis air nya.

4. Gunakan hampasan tadi untuk bersihkan dalam dan luar blender. Ia membersihkan kesan degil dan bau yang kurang menarik.

Selamat mencuba!

Sumber: Rasa

Oleh: Khalie Azmi