Kredit: amenic181/Freepik
Tahun 2020 dah pun berlalu, tapi nampak gaya dugaan yang melanda makin mencabar dari hari ke hari. Banjir besar, PKP, dan Darurat; semuanya datang silih-berganti. Sama ada korang bekerja sepenuh masa atau ada bisnes sendiri, semua ada cabaran masing-masing.
Jadikan ini suatu peluang untuk kembangkan bisnes korang! Tak kisahlah sales korang stuck pada satu tahap ke, atau dah banyak kali try nak naikkan bisnes tapi asyik tak menjadi, ni semua benda normal dalam dunia bisnes.
Ikut je tiga tips oleh pakar bisnes dari Roket Pemasaran Momentum (RPM) ni untuk kekal tabah dan mantapkan jualan bisnes korang:
#1 Beralih kepada bisnes dalam talian
Peniaga yang takde online bisnes memang rugi besar, sebab mereka kehilangan banyak audience yang juga merupakan potential customers. Tak kira apa produk atau servis yang korang jual, pastikan korang ada online presence atau kedai online.
Belajar macam mana nak bina bisnes online. Paling cepat nak reach kepada pelanggan sasaran ialah melalui media sosial. Tapi pastikan korang fokus kat satu platform je sebagai permulaan.
#2 Ubah cara korang berniaga
Kalau selama ni taktik berniaga korang macam malu-malu kucing, nilah masanya untuk bertindak lebih agresif (tapi jangan nampak hardsell sangat). Guna pendekatan softsell dan ketahui macam mana nak ambil hati pelanggan tanpa kelihatan desperate.
#3 Bayangkan bila bisnes korang dah berjaya
Kalau still rasa tak yakin, cuba bayangkan kalau bisnes korang dah berjaya nanti. Apa perasaan korang? Rasa lega sebab tak perlu risau sangat tentang duit? Rasa bangga sebab berjaya lepas bersusah-payah? Rasa happy jadi from zero to hero?
Kemudian ambil tindakan yang bersesuaian untuk mantapkan bisnes, dan sentiasa konsisten dalam mencari ilmu bisnes baharu. Jangan mudah mengalah dan rasa tahu serba-serbi.
Kalau korang betul-betul serius nak mantapkan bisnes korang pada saat-saat yang mencabar ni, jom daftar kelas online RPM pada 6 dan 7 Februari 2021 di www.naktarikpelanggan.com.
Kredit: NakTarikPelanggan.com
Kelas tajaan ni bernilai RM10,000 tau, dan ia terhad kepada 10,000 orang sahaja. Ambil peluang sekarang dan jadilah di antara 10,000 orang terawal untuk join kelas ni secara percuma!
Untuk info lanjut, check out Facebook Najib Asaddok.