Buat mereka yang gemar memasak, pastinya akan berasa pening kepala setiap kali harus mencuci semula segala peralatan seperti kuali dan dulang yang telah digunakan untuk memasak tadi.
Tapi, rasa-rasanya, anda semua sudah tidak perlu pening lagi memikirkan cara untuk menyental kesan kotoran pada bekas-bekas memasak tadi!
Menerusi satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Tik Tok, dia menunjukkan cara mudah untuk membersihkan kuali atau dulang tanpa meninggalkan sedikit kerak pun setelah memasak.
Caranya? Mudah sahaja!
Anda hanya perlu meletakkan uncang teh, baik yang baru mahupun yang telah digunakan, di dalam kuali atau dulang tadi lalu curahkan air panas ke dalam bekas memasak tersebut.
Kemudian, tinggalkan bekas yang telah dicurah dengan air panas itu selama setengah jam.
Sebaik sahaja anda kembali, anda akan mendapati bahawa air curahan tadi akan bertukar menjadi warna coklat gelap.
Sesudah itu, anda boleh membasuh bekas memasak itu dengan mudah, seperti biasa dengan sabun basuh pinggan, tanpa perlu bersusah-payah menyental kerak pun!
Oh ya, untuk kesan kotoran yang lebih degil, anda dinasihatkan untuk menambahkan sedikit cuka ke dalam bekas memasak itu bersama dengan air panas.
Sumber: [1]