Cara Mudah Bikin Nasi Empuk!

Terfikir cara untuk memasak nasi empuk?

cara mudah bikin nasi empuk!

Ha, ini dia caranya!

Seorang pengguna Tik Tok berkongsi cara untuk membuat nasi empuk dengan cara yang mudah.

Menerusi satu video yang dimuat naik di akaun pengguna @poppycooks yang sering berkongsi cara tip memasak, pengguna tersebut menjelaskan bahawa dia mengamalkan tip golden ratio untuk mengukur kuantiti beras dan air.

Dalam video tersebut, wanita itu berkata, “Ini cara saya suka guna untuk masak nasi – ada banyak kaedah yang berbeza tetapi ini adalah cara seorang rakan lama saya, Evelyn, menunjukkan kepada saya.”

Menurutnya, dia menggunakan satu cawan beras dan satu setengah cawan air.

Dia bermula dengan mencuci nasi, sebelum membiarkannya mendidih selama tiga minit di dalam periuk.

Apabila waktunya habis, dia mengangkat periuk tersebut dari api, menutupnya dengan penutup dan membiarkannya selama 12 minit.

Sejak video tersebut dimuat naik ke laman perkongsian video popular itu, ia telah ditonton lebih dari 220, 000 kali dengan rata-rata ramai pengguna yang meninggalkan komen positif bahawa ia merupakan satu cara mudah dan mereka pasti akan mencubanya!

 

Sumber: [1]