Pembedahan Kecil Rawat Cengkam Kuku, Jika Dibiar Lebih Parah!

Kuku cengkam atau juga disebut sebagai cagu adalah keadaan bila ibu jari kaki mengalami kesakitan disebabkan kuku yang boleh menyebabkan kesakitan kronik, berbau serta bernanah.

pembedahan kecil rawat cengkam kuku, jika dibiar lebih parah!

Ia terjadi disebabkan kurangnya penjagaan kebersihan kaki, pemotongan kuku kaki yang salah serta saiz kasut yang tidak sesuai.

 

Masalah yang kerap berlaku dalam kalangan masyarakat ini boleh dirawat sama ada melalui pembedahan atau tidak. Paling teruk sekali pun, pesakit hanya menjalani prosedur perubatan kecil bagi merawat cagu.

pembedahan kecil rawat cengkam kuku, jika dibiar lebih parah!

Jika pesakit terpaksa melalui prosedur pembedahan, ia merupakan prosedur pesakit luar yang melibatkan penggunaan anestesia setempat, iaitu doktor membius kawasan yang bakal dibedah dan pembedahan dilakukan dalam keadaan pesakit kekal sedar.

 

Berikut adalah antara prosedur pembedahan yang acap kali dijalankan untuk masalah kuku cengkam adalah:

  • Wedge resection: Untuk prosedur ini, doktor bakal membuang sebahagian daripada kuku kaki untuk mengelakkannya daripada ‘mencengkam’ ke dalam kulit. Prosedur ini turut dipanggil partial nail avulsion
  • Pembuangan kuku kaki: Doktor mungkin memutuskan untuk membuang keseluruhan kuku kaki. Namun, pembuangan keseluruhan kuku kaki berupaya menjadikan ia tumbuh kembali dalam bentuk tidak sempurna/cacat, yang dapat meningkatkan lagi risiko cagu kuku untuk terbentuk. Kuku juga memerlukan tempoh masa sekitar 18 bulan untuk tumbuh sepenuhnya. Prosedur ini juga digelar complete nail plate avulsion
  • Pembedahan di hujung jari kaki: Sekiranya pembedahan lain didapati tidak bersesuaian, atau prosedur sebelumnya gagal, doktor mungkin akan singkirkan dan membentuk semula tisu lembut di hujung jari kaki
  • Matrixektomi: Prosedur ini mungkin diperlukan jika pencabutan kuku atau wedge resection gagal

Tambahan itu, doktor juga mungkin akan memotong jauh ke dalam kuku untuk melegakan kebengkakan atau mengeringkan tisu yang dijangkiti.

pembedahan kecil rawat cengkam kuku, jika dibiar lebih parah!

Untuk mengelakkan anda daripada berhadapan dengan prosedur pembedahan kaki cagu ini, anda dinasihatkan untuk:

  • Rendam kaki anda dalam air suam beberapa kali sehari selama 15 hingga 20 minit pada satu masa. Ini dapat membantu mengurangkan rasa sakit dan bengkak
  • Selitkan bebola kapas atau flos gigi di penghujung kuku cengkam anda. Ia dapat membantunya tumbuh dengan betul. Keluarkan kapas atau flos gigi tersebut jika rasa sakit bertambah teruk atau timbul tanda-tanda jangkitan, seperti nanah
  • Tutup kuku jari kaki dengan salap di kaunter, seperti petroleum jelly dan pembalut. Ini akan bantu menjaga kuku kaki anda agar kekal bersih dan terlindung ketika tumbuh baru
  • Pakai kasut terbuka atau tertutup selesa yang memberi ruang mencukupi kepada jari kaki anda
  • Ambil ubat tahan sakit di kaunter jika perlu

 

Segera rujuk doktor jika kesakitan semakin bertambah atau keluar cecair dan pendarahan pada kawasan cagu.

 

Sumber: Hello Doktor

 

 

 

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN