Jom Putihkan Telekung Yang Kekuningan Dengan Cara Ini

Telekung merupakan antara kelengkapan bagi wanita untuk menunaikan solat.

jom putihkan telekung yang kekuningan dengan cara ini

Bulan ramadan ini, kita pasti dapat beribadah dengan lebih khusyuk dan tenang jika telekung kita dalam keadaan bersih.

jom putihkan telekung yang kekuningan dengan cara ini

Tetapi lama kelamaan, telekung putih akan mulai bertukar kekuningan, kotor dan berlapuk, jika dibandingkan dengan telekung bercorak atau berwarna. Bahagian muka dan kaki biasanya akan mudah kotor.

 

Jadi, antara cara bagi memastikan telekung kita sentiasa dalam keadaan bersih adalah seperti berikut:

 

1. Pastikan wajah benar-benar kering dan pastikan tiada sisa solek yang tinggal. Gunakan tisu atau tuala untuk memastikan kawasan muka benar-benar dalam kering sebelum memakai telekung.

2. Rendam telekung dengan air rebusan lemon sekurangnya satu jam, kemudian basuh dengan air dan sabun cuci biasa.

3. Cuci telekung dengan baking soda. Caranya, campur 250 gram baking soda dengan empat liter air, kemudian rendam telekung selama 5 minit.

4. Tambahkan cuka dalam air rendaman bersama dengan bahan pencuci. Rendam telekung selama 10 minit, kemudian bilas hingga bersih.

jom putihkan telekung yang kekuningan dengan cara ini

Selamat mencuba!

 

Sumber: Wanista

 

 

ARTIKEL BERKAITAN