Pernah tak anda berasa sakit kepala ketika berpuasa tapi anda bingung memikirkan bagaimana hendak menghilangkan rasa sakit itu?
Ha, jangan risau!
Kali ni SYOK ingin berkongsi cara untuk menghilangkan sakit kepala, lagi-lagi ketika bulan Ramadan ini.
- Tidur
Tahukah anda bahawa perubahan jam tidur ketika berpuasa menyumbang faktor besar untuk mengakibatkan sakit kepala yang luar biasa? Oleh itu, sekiranya anda mempunyai waktu untuk tidur ketika siang hari, maka luangkanlah waktu tersebut untuk tidur sebentar. Semasa anda tidur, otot dan saraf anda akan mengendur dan sakit kepala anda akan berkurang malahan hilang.
- Kompres
Sekiranya sakit kepala yang dialami anda adalah dalam bentuk migrain, anda dinasihatkan untuk mengompres dingin pada dahi anda. Caranya, ambil ketulan ais di dalam kain dan mampatkannya. Letakkannya selama 15 minit pada bahagian dahi anda dan ulangi kompres dingin dengan cara yang sama.
Kalau anda mengalami sakit kepala di dahi hingga leher, anda dinasihatkan untuk menggunakan kompres panas. Caranya, letakkan kompres panas pada bahagian belakang kepala atau belakang leher anda. Biarkannya selama beberapa minit, berhenti sebentar, dan ulangi langkah sama.
- Kurangkan cahaya
Cahaya yang terlalu terang berupaya menyakitkan saraf mata dan menyebabkan sakit kepala. Berikutan itu, apabila anda mengalami sakit kepala, cuba kurangkan intensiti cahaya di sekeliling anda.
Anda boleh menutup tingkap dengan tirai atau mengurangkan dan menyesuaikan tahap cahaya pada telefon bimbit atau komputer riba anda.
- Urutan ringan
Anda juga boleh menggunakan urutan ringan pada bahagian dahi, belakang leher dan di atas kepala untuk melegakan sakit kepala yang dialami. Urutan tersebut tidak perlu terlalu keras. Cukup dengan urut-urutan ringan yang bertujuan untuk meningkatkan aliran darah.
- Ringankan semua tekanan yang menyakitkan di kepala
Percaya atau tidak, sakit kepala boleh datang kerana rambut yang diikat terlalu ketat atau topi yang terlalu sempit. Oleh sebab itu, sekiranya anda mengalami sakit kepala, anda dinasihatkan untuk melonggarkan pengikat rambut anda untuk memberi masa kepada peredaran darah agar kembali normal.
Sumber: [1]