Apa Beza Kembung Perut Dengan Apendiks? Salah Satunya Boleh Bawa Maut!

Pernahkah anda merasa sakit yang mencucuk pada bahagian abdomen? Ia boleh disebabkan oleh masalah kembung perut dan ada kalanya ia merupakan tanda sakit apendiks.

apa beza kembung perut dengan apendiks? salah satunya boleh bawa maut!

Apendiks adalah kantung kecil dan bujur pada penghujung usus besar di bahagian bawah abdomen kanan dan tidak mempunyai fungsi penting. Namun, apendiks yang tersumbat boleh mengakibatkan keradangan dan jangkitan.

apa beza kembung perut dengan apendiks? salah satunya boleh bawa maut!

Gejala apendisitis paling biasa adalah rasa sakit bermula di sekitar perut sebelum merebak ke bahagian bawah abdomen kanan. Keadaan mula bertambah teruk semasa bergerak, menarik nafas mendalam, bersin atau batuk.

 

Selain sakit perut seperti masalah perut kembung, tanda sakit apendiks juga termasuk:

  • Hilang selera makan
  • Pening dan muntah
  • Cirit-birit
  • Sembelit
  • Keletihan tanpa sebab
  • Gas berlebihan atau sukar membuang gas
  • Bengkak pada abdomen
  • Demam
  • Peningkatan kekerapan dan keinginan kencing
  • Sakit semasa meregangkan kaki kanan atau pinggul kanan

 

Sesetengah pesakit cenderung untuk mendapat apendiks menerusi beberapa penialain risiko seperti usia, jantina dan amalan diet.

  1.  Usia: Kebanyakan kes apendiks terjadi ketika berusia 10 hingga 20 tahun
  2.  Jantina: Secara umumnya lelaki lebih cenderung mengalami apendisitis akut. Namun wanita cenderung mengembangkannya ketika berusia 14 hingga 25 tahun
  3.  Amalan diet rendah serat: Pengambilan makanan rendah serat berpotensi menyebabkan lemak, serat tidak dicerna dan garam berkumpul pada apendiks, sekali gus menyebabkan keradangan atau penyumbatan
  4.  Genetik: Dipercayai bahawa faktor genetik turut menyumbang kepada pengembangan apendiks

 

Apendiks akan menjadi lebih parah dengan komplikasi serius jika tidak dirawat, seperti apendiks berlubang atau pecah yang menyebabkan kebocoran najis, nanah dan kandungan lain seperti jangkitan bakteria ke dalam aliran darah.

apa beza kembung perut dengan apendiks? salah satunya boleh bawa maut!

Jangkitan bakteria teruk atau yang tidak boleh dirawat memasuki darah dan merebak ke seluruh tubuh. Keadaan ini boleh mengakibatkan maut!

 

Berbeza keadaannya dengan perut kembung, ia adalah keadaan bila mana seseorang itu kerap membuang angin lebih 13 hingga 21 kali sehari, kerap bersendawa, dan juga merasa sakit pada abdomen.

apa beza kembung perut dengan apendiks? salah satunya boleh bawa maut!

Jadi disebabkan itulah, adalah sukar untuk mendiagnos diri sendiri jika mengalami rasa sakit pada perut, sama ada ia adalah kembung perut mahupun apendiks, tanpa melakukan pemeriksaan doktor.

 

Jika kesakitan yang dialami itu melibatkan apendiks, bermakna anda berdepan risiko komplikasi yang boleh membawa maut.

 

Sila lakukan pemeriksaan dan rawatan awal bagi mengelakkan masalah lebih teruk berlaku. Rawatan dan pemeriksaan awal dapat menyelamatkan nyawa.

 

Sumber: Hello Doktor

ARTIKEL BERKAITAN