Betul Ke Lelaki Berbulu Dada Lebih Bijak?

Tidak semua lelaki mempunyai bulu pada dada mereka.

betul ke lelaki berbulu dada lebih bijak?

Pertumbuhan bulu pada dada mempunyai 15 paten pertumbuhan yang unik, dimana ia merangkumi 4 bahagian berbeza pada dada iaitu tulang dada tengah (sternal), bawah tulang kolar (infraclavicular), otot dada (pektoral) dan sekitar puting (circumreolar).

betul ke lelaki berbulu dada lebih bijak?

Bahagian otot dada dan tulang dada tengah antara kawasan yang paling menjadi tumpuan bulu dada, dan ia dikenali sebagai paten pekto-sterno-infraclavicular.

 

Namun jangan pula anda merasa pelik apabila melihat bulu pada dada tidak tumbuh dengan sekata atau tidak tumbuh langsung kerana masalah ini turut dialami oleh ramai lelaki.

betul ke lelaki berbulu dada lebih bijak?

Menurut kajian, wanita muda dan subur lebih cenderung memilih lelaki yang kurang berbulu dada, berbanding wanita berusia yang mencapai usia menopaus pula gemar lelaki berbulu dada.

 

Malah dalam satu kaji selidik menunjukkan separuh daripada populasi pelajar jurusan perubatan mempunyai bulu dada, jika dibandingkan dengan populasi umum yang hanya 10%. Ia seakan menunjukkan mereka yang berbulu dada adalah mereka yang bijak.

 

Bagaimanapun, tidak begitu jelas hubungan antara bulu dada dan tahap kecerdasan minda seseorang itu.

 

Sekiranya anda mempunyai persoalan berkaitan bulu dada, atau mempunyai masalah mengenainya, sila rujuk kepada pakar dan professional untuk rawatan serta nasihat.

 

Sumber: Hellodoktor

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN