Benda Baru Yang Boleh Belajar Sepanjang PKP

benda baru yang boleh belajar sepanjang pkp

Sejak perlaksanaan PKP dimulakan pada 18 Mac 2020, kesemua rakyat di Malaysia perlu berada dan duduk di dalam rumah. Kita semua terpaksa akur dengan peraturan untuk sama sama membantu kerajaan Malaysia untuk menangani wabak COVID-19.

Semua aktiviti luar rumah harus di hentikan buat sementara waktu seperti, lepak mamak, pergi gym, tengok wayang ataupun pergi jogging kat taman. So since kita semua kena ubah lifestyle sepanjang tempoh PKP why not kita start belajar benda baru?

  1. Belajar Memasak

Ini paling senang! Sebab semua tutorial dan cara cara ada di social media seperti youtube, even tiktok sekarang pun ada banyak. Honestly sis banyak belajar masak dari tiktok je hehe. This is the time korang boleh asah skill memasak korang tak kira lelaki dan perempuan semua boleh belajar.

  1. Start Buat Home Workout

Since kita dah tak boleh ke gym atau keluar nak main futsal, badminton or any other sports why not start to workout at home? Sama juga macam tips memasak tu, ramai instructor gym or professional Zumba or yoga buat live di Instagram dan facebook. Boleh la korang rajin rajin follow. Sis faham mesti rasa malas nak exercise, tips nya adalah korang kena beli yoga mat. So kalau Nampak yoga mat tu atleast membuka pintu hati untuk workout.

  1. Jadi Streamer!

Since duduk di rumah tu mesti korang rajin main game kan? Why not belajar setup page streaming di youtube, facebook, twitch or mana mana? Bila dah start setup, korang boleh start stream game game yang korang hebat tu.

  1. Belajar sign language

Banyak benda yang kita boleh pelajari since banyak masa yang terluang di rumah, one of it is pelajari sign language. Alif Satar pun dah pandai sign language. Senang je sebab semua boleh belajar dari internet. Orang kata informasi di hujung jari, kena rajin je. Seronok jugak belajar sign  language ni!

  1. Pelajari Bahasa Yang Lain

May be kita dah master in English and Bahasa Malaysia, so why not kita belajar language yang lain seperti, mandarin, french dan banyak lagi Bahasa di dunia ni. Start belajar yang basic words dulu dah power baru belajar ayat. Boleh belajar semua ni di google. Free lagi. Cuma kena rajin je.

#stayhome and be productive ye guys!

Oleh: Khalie Azmi