Jangan Guna Surat Khabar Lapik Makanan Bergoreng, Boleh Sebabkan Kanser!

Surat khabar sering menjadi pilihan ramai pemiaga untuk membalut atau dijadikan pelapik makanan bergoreng dengan tujuan menyerap minyak, sebelum ia dijual kepada pembeli.

jangan guna surat khabar lapik makanan bergoreng, boleh sebabkan kanser!

Namun begitu, tindakan itu sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan dalam satu tempoh masa panjang.

 

Menurut Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKMM), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis, bahan kimia pada dakwat kertas surat khabar boleh mencemarkan makanan, seterusnya memberi kesan berbahaya pada kesihatan.

jangan guna surat khabar lapik makanan bergoreng, boleh sebabkan kanser!

Menurut mereka, cara terbaik adalah dengan menggunakan pembalut makanan yang sudah dikhaskan untuk makanan (food grade).

 

“Surat khabar mengandungi bahan kimia seperti karbon, logam berat dan pelarut. Apabila minyak yang diserap oleh surat khabar akan melarut dakwat dan seterusnya menyerap ke dalam makanan,”, kata BKMM JKN Perlis.

 

Dakwat yang digunakan pada surat khabar mempunyai kebarangkalian tinggi untuk menggunakan bahan kimia yang boleh menjadi punca penyakit kronik seperti kanser.

jangan guna surat khabar lapik makanan bergoreng, boleh sebabkan kanser!

Kajian juga menunjukkan terdapat dakwat surat khabar yang bersifat karsinogenik dan ia boleh meresap ke dalam makanan dengan begitu mudah sekali.

 

Tambah lagi menurut Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, pengendali makanan perlulah menyediakan, membungkus atau menghidang makanan untuk dijual dengan memastikan penyediaan, pembungkusan atau penghidangan makanan bebas daripada apa-apa pencemaran.

 

Jika gagal pengendali boleh dipenalti tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun.

 

Sumber: Sinar Plus

 

 

ARTIKEL BERKAITAN