Asyik Rasa Mengantuk Je Sepanjang Hari? Enam Perkara Ini Mungkin Puncanya!

Tidur mencukupi pada waktu malam adalah satu keperluan buat mereka yang terpaksa bekerja atau belajar di siang hari keesokkan harinya.

asyik rasa mengantuk je sepanjang hari? enam perkara ini mungkin puncanya!

Namun begitu, masih ada yang masih merasa mengantuk pada siang hari, menyebabkan kerja-kerja tergendala serta fokus juga akan hilang.

asyik rasa mengantuk je sepanjang hari? enam perkara ini mungkin puncanya!

Tambah lagi apabila otak sudah mulai tepu, mood untuk bekerja juga terganggu menyebabkan hari anda akan menjadi tidak sempurna.

 

Memetik laporan dari Sinar Plus, berikut adalah antara 6 perkara yang perlu anda elakkan supaya tidak merasa mengantuk pada siang hari:

 

  1. Makan terlalu banyak karbohidrat

asyik rasa mengantuk je sepanjang hari? enam perkara ini mungkin puncanya!

Makan makanan berat dan banyak karbohidrat pada waktu tengah hari boleh membuatkan badan anda menjad lesu pada waktu petang. Makan makanan yang sihat seperti buah-buahan serta sayuran boleh membuatkan anda kekal segar sehingga lewat petang.

 

  1. Kurang air / Dehidasi

asyik rasa mengantuk je sepanjang hari? enam perkara ini mungkin puncanya!

Kekurangan air dalam badan boleh menjadi punca anda mengantuk yang cukup teruk. Banyakkan meminum air kosong dan tidak berada dalam keadaan dahaga supaya anda kekal segar.

 

  1. Duduk terlalu lama

asyik rasa mengantuk je sepanjang hari? enam perkara ini mungkin puncanya!

Duduk terlalu lama dalam suasana sejuk dan sunyi boleh mendorong seseorang untuk rasa bosan. Rasa bosan ini boleh membuatkan seseorang itu kehilangan tenaga, seterusnya menyebabkan mengantuk.

 

  1. Tidur lewat pada waktu malam

asyik rasa mengantuk je sepanjang hari? enam perkara ini mungkin puncanya!

Tabiat suka berjaga pada lewat malam boleh mengganggu tumpuan dan menjejaskan tenaga seseorang pada siang hari.

 

  1. Tidur tidak lena.

asyik rasa mengantuk je sepanjang hari? enam perkara ini mungkin puncanya!

Tidur yang tidak lena pada malam hari dapat menyebabkan emosi seseorang itu terganggu, seperti adanya gangguan bunyi atau cahaya yang terang ketika tidur. Dapatkan tidur lena supaya anda tidak merasa mengantuk keesokkan harinya.

 

  1. Stress!

asyik rasa mengantuk je sepanjang hari? enam perkara ini mungkin puncanya!

Ya, rasa tekanan boleh menyebabkan individu itu kerap berfikir, dan mengakitbatkan keletihan. Keletihan pada otak seterusnya menyebabkan seseorang itu kelihatan tidak bermaya, malah mengantuk sepanjang hari dan menjejaskan tumpuan.

 

Dapatkan nasihat daripada pakar sekiranya anda masih mempunyai masalah tidak cukup tidur kerana tidur adalah satu perkara yang sangat penting kepada semua manusia.

 

Sumber: Sinar Plus