Athisha Khan Dedah Rahsia Tampil Kekal Badan Fit

Adik kepada selebriti dan ahli perniagaan terkenal Neelofa iaitu Athisha Khan, cukup dikenali dilaman sosial YouTube.

athisha khan dedah rahsia tampil kekal badan fit

Mempunyai 292 ribu pengikut Youtube, Athisha sering berkongsi aktiviti hariannya di laman sosial termasuklah juga di Instagram yang sehingga kini mempunyai lebih daripada 438 ribu pengikut.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Athisha Khan (@athishakhan)

 

Nampak ceria, aktif dan bertenaga, penuntut jurusan undang-undang dalam perniagaan di Universiti of Birmingham, UK ini berkongsi rahsia dan tips untuk mengekalkan tubuh badan sihat dan fit.

athisha khan dedah rahsia tampil kekal badan fit

Memetik laporan dari Sinar Plus, kakak kepada selebriti media sosial Ameera Khan ini berkongsi aktiviti senaman kegemarannya iaitu berenang dan senaman pilates.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Athisha Khan (@athishakhan)

 

Pilates adalah sistem kecergasan fizikal yang dikembangkan pada awal abad ke-20 oleh Joseph Pilates. Ia dipraktikkan di seluruh dunia, terutama di negara-negara Barat seperti Australia, Kanada, Amerika Syarikat dan Inggeris.

 

Katanya Athisha, dalam kalangan adik-beradiknya, sebilangan besar turut memilih pilates, tambah pula senaman itu sesuai dengan kondisi badannya yang mengalami skoliosis, iaitu keadaan bila tulang belakang bengkok ke kiri atau ke kanan.

athisha khan dedah rahsia tampil kekal badan fit

Athisha memberitahu selepas mengamalkan pilates, beliau turut mempelajari kaedah terbaik mengawal kondisi badan dengan diberikan panduan penggunaan otot, postur badan dan cara duduk dengan betul. Sejak itu, masalah skoliosis nya juga beransur sembuh dengan cepat.

 

Selain itu, anak ketujuh dari sembilan beadik ini turut mengamalkan Intermittent Fasting (IF) dalam mengawal pengambilan makanannya.

 

Sumber: Sinar Plus