Anda Sangat Perlukan Rehat Kalau Ada Tanda-Tanda Ini

Dalam sehari, berapa jam sahajakah anda ada untuk berehat selepas penat melakukan kerja atau mengikuti kelas di sekolah dan universiti?

anda sangat perlukan rehat kalau ada tanda-tanda ini

Anda mungkin rasa rehat pada waktu malam sudah mencukupi, namun anda sendiri tidak sedar sebenarnya tubuh badan dan minda anda sudah penat untuk melakukan kerja pada hari berikutnya.

anda sangat perlukan rehat kalau ada tanda-tanda ini

Menurut Hellodoktor, tidur dan rehat yang cukup adalah penting bagi meningkatkan produktiviti pekerja dalam menjalankan tugas. Tidak cukup rehat boleh memberi kesan buruk yang lain termasuklah burnout, insomnia, keletihan dan lebih buruk jika ia membawa kepada masalah tekanan mental yang akhirnya membawa kepada kematian samada secara tidak sengaja mahupun dengan niat.

 

Jangan paksa diri jika anda memiliki tanda-tanda yang berikut:

1. Anda mula melihat segalanya sebagai negatif

2. Anda mula mengalami masalah insomnia dan tidak cukup tidur

3. Hilang fokus

4. Hilang atau tidak bermotivasi

5. Tidak bertenaga

6. Anda sudah melakukan yang terbaik tapi masih tidak mencukupi

7. Lebih teruk, anda mula terjebak dengan ketagihan nikotin dan alkohol.

 

Namun jika anda mengalami salah satu daripada tanda-tanda diatas, anda disarankan untuk berehat daripada melakukan pekerjaan. Ambillah cuti untuk tenangkan fikiran dan rehatkan tubuh badan anda. Dapatkan pemeriksaan dan nasihat di hospital sekiranya terdapat sebarang masalah pada tubuh mahupun gangguan pada emosi anda.

 

Sumber: Public Health Malaysia / Hellodoktor