Ketika bersiap sedia untuk temuduga kerja, ada beberapa perkara penting yang perlu diingat.
Pertama, lakukan penyelidikan anda mengenai tempat kerja terbabit; kedua, tampil rapi kerana penampilan itu gambaran personaliti seseorang; dan ketiga, tunjukkan semangat anda.
Oh ya, tidak dilupakan, elakkanlah diri daripada bersikap ‘kurang ajar’ terhadap penyambut tetamu.
Seorang lelaki gagal temuduga kerjanya gara-gara sikapnya yang kurang ajar terhadap penyambut tetamu.
Kisah tersebut dikongsi menerusi forum Reddit yang berjudul ‘Life Pro Tips’ yang mana tulis salah seorang pengguna forum tersebut, “Hari ini, seorang calon menghancurkan temuduganya sendiri dalam tempoh lima minit pertama setelah dia memasuki bangunan.
“Dia mengecewakan penyambut tetamu tersebut. Dia (penyambut tetamu) menyapanya dan lelaki tersebut hampir tidak melakukan kontak mata. Dia (penyambut tetamu) cuba membawa lelaki tersebut dalam perbualan. Sekali lagi, tiada kontak mata, tidak berminat untuk berbicara dengannya.
“Yang tidak disedari calon tersebut adalah ‘penyambut tetamu’ itu sebenarnya ialah pengurus pengambilan pekerja.
“Dia (penyambut tetamu) memanggilnya kembali ke bilik persidangan dan menjelaskan bagaimana setiap orang dalam pasukan kami sangat berharga dan dihargai.
“Oleh kerana interaksinya dengan ‘penyambut tetamu’, pengurus pengambilan pekerja merasa dia tidak sesuai. Terima kasih atas masa anda tetapi temuduga sudah berakhir.
“Bersikap baiklah terhadap semua orang di bangunan.”
Sukar untuk mengetahui apa sebenarnya yang terlintas dalam fikiran lelaki tersebut pada ketika itu, kerana, biarpun dia berjaya mendapat pekerjaan tersebut, dia tetap harus berinteraksi dengan penyambut tetamu pada setiap hari.
Seorang pengguna lain turut meninggalkan komen, “Dalam pekerjaan dahulu, ketika saya menaiki lif dalam perjalanan menuju ke temuduga. Terjumpa dengan seorang manusia yang ramah, CEO syarikat...
“Saya mendapat pekerjaan tersebut, untungnya saya bertenaga tinggi dan mesra ketika gementar, jadi dia menyukai saya sebelum sempat melihat saya beberapa jam kemudian. Bersikap baik kepada semua orang.”
Sumber: [1]