Tular Dakwaan Air Fryer Penyebab Kanser? Ini Kata Pakar

Penggoreng udara atau air fryer ialah sebuah peralatan dapur yang memasak dengan mengalirkan udara panas sekitar makanan. Kebaikkan air fryer juga dikatakan dapat menjimatkan minyak sebanyak antara 70% hingga 80% berbanding penggoreng celur tradisional.

tular dakwaan air fryer penyebab kanser? ini kata pakar
 
Namun begitu, sejak akhir-akhir ini timbul dakwaan makanan yang dimasak menggunakan air fryer boleh menyebabkan kanser.

tular dakwaan air fryer penyebab kanser? ini kata pakar
 
Namun, menurut Pakar Perunding Ginekologi Onkologi Medical Mythbusters Malaysia, Dr Mohd Rushdan Md Noor berkata, sehingga kini masih belum ada bukti atau kajian saintifik menunjukkan air fryer menyebabkan kanser kepada manusia.


Katanya, proses kejadian kanser bukan mudah kerana prosesnya sangat kompleks dan banyak faktor perlu dilihat.

tular dakwaan air fryer penyebab kanser? ini kata pakar
 
Pun begitu, beliau menambah makanan yang berasaskan kanji dan tumbuhan seperti kentang, roti, bijirin, kopi, buah kering dan lain-lain jika dipanaskan melebihi 120 darjah Celsius dalam masa yang panjang boleh menghasilkan satu bahan dikenali sebagai acrylamide.

 
Kajian yang di lakukan pada tikus makmal menunjukkan acrylamide ini boleh menyebabkan kanser jika ia diberikan pada dos yang tinggi dan pengkaji pecaya ia berpontensi untuk memberi impak negatif kepada kesihatan manusia meskipun belum ada kajian keatas manusia.

 
Meskipun begitu, acrylamide boleh terhasil bukan sahaja daripada air fryer, sebaliknya dengan apa jua kaedah pemanasan termasuklah dapur arang.

tular dakwaan air fryer penyebab kanser? ini kata pakar
 
Justeru, orang ramai tidak perlu risau untuk menggunakan air fryer bagi tujuan memasak, dengan syarat menggunakannya dengan betul dan bersederhana dalam semua segi.

 
“Ingat, jangan hari-hari makan kentang goreng (kalau tanpa air fryer pun tidak elok ambil kentang goreng banyak-banyak), elak garam berlebihan, memasak jangan sampai terlalu garing (perang kehitaman), jangan makan dalam kuantiti yang banyak dan pastikan makanan mempunyai nutrien yang cukup dan seimbang,” pesan Dr Rushdan.

 
Sumber: Sinarplus