Air Detox Viral Baik Untuk Badan Dan Senang Je Nak Buat Rupanya!

Semua orang mesti nak nampak cantik, baik perempuan ataupun lelaki. Cantik dari segi luaran mahupun dalaman. Ramai yang sanggup berhabis duit demi menjaga kecantikan dan kekal sihat.

air detox viral baik untuk badan dan senang je nak buat rupanya!

Tidak boleh menafikan, penjagaan kecantikan seperti kulit yang mulus dan badan yang langsing memerlukan banyak masa, tenaga dan cost agak mahal. Jangan risau, ikut tips ini yang bukan sahaja mudah je nak buat tapi jimat.

Air detox adalah sumber makanan semula jadi yang dijamin selamat kerana tiada bahan bahan pengawet. Potong semua bahan bahan seperti timun, lemon, serai, halia dan masukkan ke dalam air. Kemudian simpan dalam peti sejuk selama 3 jam. Lepas tu boleh la minum. Minuman air detox ini, bukan saja membuatkan kulit cantik, tapi boleh kuruskan badan juga. Dikatakan kalau minum air ini, perut akan sentiasa rasa kenyang.

air detox viral baik untuk badan dan senang je nak buat rupanya!

Kita semua terlalu sibuk dengan kehidupan harian hingga terlupa tentang kesihatan badan. Tak ada masa untuk bersenam dan sebagainya. Since’ air detox ini sangat mudah untuk dibuat, so apa lagi guys?  Selamat mencuba guys!

Sumber: Keluarga

Oleh: Khalie Azmi