Bosan Di Rumah? Jom Buat 8 Aktiviti Cool Ni Melalui App Atau Online

bosan di rumah? jom buat 8 aktiviti cool ni melalui app atau online

Kredit: Freepik

Bulan kebangsaan ni ada dua hari cuti umum, dan Hari Merdeka pulak jatuh pada hari Isnin, so maknanya korang akan nikmati satu hujung minggu yang panjang! Kalau korang duduk rumah je cuti ni, apa kata korang check out lapan aktiviti online yang menarik ni:

#1 Belajar memasak

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming) on

Memasak ialah salah satu kemahiran hidup yang paling penting sekali, tak kiralah korang lelaki atau perempuan. Dengan skill memasak, senang sikit korang nak survive dan jimat perbelanjaan harian. Selain YouTube, korang boleh tonton video masakan yang ada di Facebook atau Instagram, seperti Rasa Pop yang memaparkan video masakan di bawah 5 minit!

#2 Ambil kelas kreatif seperti senireka grafik

Teringin nak belajar penulisan lirik lagu, buat animasi sendiri, atau senireka grafik? Korang boleh ambil kelas kreatif macam ni di platform pembelajaran seperti FutureLearn atau SkillShare.

#3 Buat “Karaoke Night” dengan teman-teman melalui karaoke app

Lebih seronok kalau nyanyi bersama-sama berbanding solo. Ajak teman-teman korang berkaraoke melalui aplikasi karaoke yang popular seperti Smule.

#4 Bertanding dengan teman-teman dalam cabaran senaman di rumah

Lawan siapa yang ada badan paling sado dan fit! Gunakan app senaman yang membantu dalam merekodkan progres korang atau yang menawarkan pelbagai program senaman di rumah secara percuma, contohnya seperti 7 Minute Workout, Runtastic, atau MyTraining. Semua app ni memaparkan pelbagai video senaman. Lepas tu korang boleh kongsi rutin korang di media sosial!

#5 Main permainan online

Antara permainan online klasik yang boleh dimainkan seorang diri termasuklah Piano Online, Happy Glass, Tic Tac Toe, dan Word Search. Kalau bosan main sorang-sorang, korang boleh main multiplayer seperti Skribbl.io, Minecraft, Krunker.io, Bunch, dan Houseparty.

#6 Belajar berkebun dan show off kebun hasil titik peluh korang

Berkebun bukan untuk orang tua je tau! Kebolehan berkebun tu amat berguna kerana ia boleh membantu korang jimat perbelanjaan dapur, selain mencantikkan taman atau ruang kebun di rumah korang. Nampak berseri sikit rumah tu! Korang boleh belajar tips untuk berkebun di YouTube. Jangan lupa tunjuk hasil titik peluh korang tu di media sosial!

#7 Tonton filem tanpa perlu ke panggung wayang

Siapa kata menonton filem di rumah tu tak menyeronokkan? Korang boleh pilih untuk tonton filem apa saja yang disukai pada bila-bila masa. Korang boleh tonton online di platform seperti Astro Go yang menyajikan pelbagai pilihan menarik.

#8 Buat video TikTok yang paling kelakar

Kalau korang dan teman-teman gemar berTikTok, ajak mereka buat video paling kelakar dan kreatif, dan kongsikan ia bila masing-masing dah selesai berTikTok.

Dengan semua aktiviti yang menarik ni, confirm korang tak akan rasa bosan lagi! Tapi, kalau tak cukup data atau panggilan terhad pun tak jalan jugak. Korang kena ada data yang mencukupi dan panggilan tanpa had baru boleh nikmati semua aktiviti ni.

Berita baik untuk korang!

redONE Postpaid telah melancarkan dua pelan Pascabayar iaitu Amazing58 dan Amazing38 untuk semua pengguna telko. Kedua-dua pelan ini menawarkan harga yang rendah, data yang banyak dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian! Memang best giler!

bosan di rumah? jom buat 8 aktiviti cool ni melalui app atau online

Kredit: redONE

Kalau korang pengguna internet tegar, kami suggest korang untuk langgan pelan redONE Postpaid Amazing58 dengan 60GB data hanya RM58 sebulan. Kalau korang tak perlu data yang banyak, langgan pelan redONE Postpaid Amazing38 untuk 33GB data, hanya RM38 sebulan.

Tak perlu langgan sampai 100GB data dan bayar beratus-ratus sebulan, tapi data tak habis guna pun. Membazir je!  Dengan redONE Postpaid, korang dapat data yang secukupnya untuk melayari internet, strim video dan kekal online di semua media sosial, siang atau malam!

Nak keep up dengan trend terbaharu atau nak tahu perkembangan terkini memang tak ada masalah sebab redONE mempunyai rangkaian 4G LTE terluas di Malaysia. Confirm takda hal!

Tak kiralah korang nak langgan pelan Pascabayar Amazing38 atau Amazing58, kedua-duanya menawarkan panggilan tanpa had ke semua telko lain. Kini, tiada lagi alasan untuk tidak berhubung! Kalau tak jumpa pun, boleh call apa! Boleh borak dengan member sampai pagi dan tak perlu risau caj tambahan.

Untuk info lanjut, layari redONE.com.my.

ARTIKEL BERKAITAN