7 Perangai Jijik Yang Boleh Menyebabkan Virus Tersebar

7 perangai jijik yang boleh menyebabkan virus tersebar

Seperti mana semua orang tengah kecoh, wabak novel Koronavirus atau COVID-19 masih belum ada penawarnya sehingga hari ini. Virus yang bermula dari Bandar Wuhan itu telah meragut lebih 1500 nyawa di seluruh dunia.

Ya, virus tersebut masih belum ada penawar. Tetapi, kita sebagai manusia boleh mengambil langkah tertentu untuk mengelakkan daripada terkena jangkitan tersebut. Caranya mudah sahaja, korang jangan buat 7 perangai yang menjijikkan ni:

1. Tak basuh tangan- Disebabkan benda ni nampak terlalu simple, jadi tak ramai nak buat. Padahal, sebijak-bijak saintis yang mengkaji pasal virus ni pun selalu bercakap dan berpesan kepada orang ramai supaya basuh tangan selalu.

2. Tak tutup hidung dan mulut ketika batuk atau bersin-  Benda ni tak perlu bagitahu pun. Guna common sense je sebenarnya.

3. korek hidung dan picit jerawat dekat public- Paling jijik dan tak bertamadung. Boleh tak perkara personal ni buat sendiri dan tak perlu nak tunjuk dekat orang?

4. Tak buang tisu yang digunakan- Ketahuilah, sekeping tisu yang telah digunakan sangatlah kotor dan boleh menyebabkan macam-macam masalah berlaku.

5. Meludah tak kira masa dan tempat- Kalau ludah korang tu air jernih bersih tak apa tau. Tapi, setip air ludah tu ada virus dan bakteria. Tak memasal orang yang tak bersalah dapat penyakit.

6. Biarkan haiwan peliharaan jilat atau duduk dekat perkakas makanan atau memasak- Tak salah jadi animal lover. Tapi, kena tahu lah juga batasan pergaulan. Jangan sampai dah terkena penyakit baru nak menyesal.

7. Tak cuci telefon- Nampak macam, what? Tapi sebenarnya phone korang tu banyak gila bakteria dan boleh menjadi penyebab kepada penularan virus. Jadi, cucilah telefon tu sebolehnya.

Sumber: scmp.com